STOK IKAN KERING HARUAN



ASSALAMMUALAIKUM





Hampir seminggu dah renjer takdan nak update blog renjer ni..sesekali je renjer sempat la jenguk sekejap-sekejap kat blog renjer ni..bukannye takde cerita..cuma mase dan tenaga yang menyebabkan renjer makin takde ruang untuk bercerita hehe..start dari awal pagi jual ikan bawak la ke malam balik dari cari ikan.. penat weiii...tapi alhamdulilah la rezeki renjer semakin meningkat..

hasil renjer untuk minggu ni memang agak menarik..cuma renjer takde gambar je untuk dipaparkan..maklum la satu-satunye henfon yang menghasilkan gambar koleksi renjer dah pun terkubur buat selamanya..antar repair pun dah tak boleh..terpaksa la kumpul duit sikit lagi untuk rembat camera yang lebih berkualiti hehe :P

lubuk soonseng sudah pun surut sepenuhnya..cukup banyak stok ikan haruan renjer minggu ni..sampai dah takde tempat renjer nak pasarkan..terpaksa la renjer proses ikan-ikan haruan tu jadikan ikan kering je..sampaikan budak-budak team renjer stop dulu la misi memburu ikan haruan ni..sebab tu renjer lebihkan trip turun menjaring je.. ikan-ikan jenis ikan puyu,sepat dan ikan keli masih lagi ade sambutan..




rakan-rakan team renjer pun dah mula beralih dari memburu ikan haruan ke memburu ikan puyu dan ikan kepar..hasil yang diorang dapat renjer la yang borong sebelum renjer pasarkan kat pasar felda renjer ni..ikan-ikan jenis ni je yang tak pernah lagi tak habis bila renjer pasarkan..biarpun kadang-kadang tu mencecah puluhan kilo sekali renjer jual..



nota renjer : insyaAllah mungkin lagi satu minggu renjer akan mula mengumpul gambar2 koleksi dari trip memburu ikan2 sungai ni..tu pun kalau cukup la nak beli henfon yang ade camera canggih sikit hehe.. :P

                               

10 komen tak kire kaki pancing:

panglima jebat said... Reply To This Comment

as salam..renjer..angkat la samsung y je..murah..baru dalam rm420..semua boleh buat sebab telefon android..kamera pun ok,gambar clear..leh on fb selalu.

Anak Ulu Cheka said... Reply To This Comment

huh sekali imbas gambar atas tu
mula2 ingatkan kulit harimau tadi hehehe rupanya kering

rezeki2...

renjerkabloi said... Reply To This Comment

@panglima jebat dah oder pun yang baru, LG terbaik punye hehe :P

renjerkabloi said... Reply To This Comment

@Anak Ulu Cheka kulit rimau! hahaha.. ikan kering pun lumayan hehe :P

hakim al-ikhsan said... Reply To This Comment

angkat nikon le...2k da puas hati

lieynanilaz said... Reply To This Comment

alahai ...tiba2 tingin nak makan ikan sepat dan puyu...kalau dekat dah lama saya beli...huhu.

renjerkabloi said... Reply To This Comment

@hakim al-ikhsan : xmmpu le hehe.. dah dapat pun hfon LG 5.0 je..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

@lieynanilaz : kat pasar tempat lieynanilaz tak de jual ke ikan2 tu?? kalau kat tempat renjer ni,tiap2 pagi ade je yang jual :)

Suazzri Mtb said... Reply To This Comment

Assalam renjer, nak tanya renjer jual ke ikan haruan kering? berapa sekilo? boleh hantar melalui pos tak ke area kl? Thanks

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Suazzri Mtb : w,salam. ikan kering haruan ni renjer jual rm40 je sekilo, tapi blum pernah jual post pun, tapi kalau nak byk mungkin renjer boleh post,atau renjer yg hantar sendiri.. call je renjer kita bincang.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...