IKAN HARUAN OH DAH TAK KERUAN



ASSALAMMUALAIKUM





Semakin sukar sekarang ni renjer nak pasarkan ikan-ikan haruan ni..banyak dah pasar-pasar yang renjer pergi..semakin kurang sambutan dah..mungkin orang sudah semakin jemu kot nak makan ikan tu hehe.. tambah pulak banyak permintaan ikan ni nak yang siap dibersihkan..mak oi! letih la keje renjer macam ni.. hehe

tapi semangat untuk jadi toke tetap diteruskan..dugaan kecil tu biase la kan..cuma kadang-kadang tu je  rasa terkilan sikit dengan pelanggan ni..macam-macam ragam la..ade yang order puluh2 kilo lepas tu tak jadi ambik..dah 2,3 kali renjer terkena macam tu..rugi la macam ni..jenuh pulak renjer nak pasarkan..nak tak nak kena jugak la pelan-pelan jual nak bagi habis stok..tempat jual pulak makin terhad..maklum la renjer belum dapat mohon lesen berniaga lagi.. kang renjer main terjah je port nak jual takut kena saman pulak dengan majlis daerah..silap-silap renjer kena angkut  hahaha.. :P




buat mase ni renjer stop dulu la borong ikan haruan yang member-member renjer mancing..kadang-kadang tu kesian jugak..diorang punye partime cari ikan..hari-hari borong ikan diorang kang takde tempat nak jual pulak..renjer pun dah tak tau mane nak pasarkan..

buat mase ni renjer cuma ambik ikan yang dijaring je..contoh ikan puyu,ikan keli,ikan temakang dan ikan sepat..ikan-ikan jenis ni je masih lagi laris..pernah sekali tu renjer bawak ikan-ikan jenis ni hampir 50 kg..satu pagi je renjer jual boleh habis..berbaloi jugak biarpun modal nak dapatkan ikan-ikan jenis tu mahal sikit dari modal nak dapatkan ikan haruan..kalau renjer sendiri yang nak turun cari ikan-ikan tu rasenye dah macam tak sempat je..pagi jual kat pasar pagi petang ke pasar malam pulak..memang fulltime dah la jadinye..memancing?? lagi la..karat dah kot joran renjer tu hehehe :P



nota renjer :  memancing ikan perlu ada kesabaran jual ikan lagi la paling perlu ada kesabaran..ape2 pun rezeki dah tertulis..alhamdulilah la :)


18 komen tak kire kaki pancing:

rosslan said... Reply To This Comment

anak renjer ke tu?? kecik2 dah pandai join bisnes heheehe..........

renjerkabloi said... Reply To This Comment

@rosslan mmg anak,tapi anak buah la huhu..die mmg minat ikut renjer jual ikan ni,syratnye die msti nk upah brg mainnan hehe :)

madi said... Reply To This Comment

huiyo! sudah jadi toukeh looo!! :)

renjerkabloi said... Reply To This Comment

ha toke la..jom la join bisnes hehe :P

Snakehead said... Reply To This Comment

Sbr jela tokey,dulu saya pn ada mslh mcm ni.tp Alhamdulillah,terjumpa port dpn supemarket,dlm kwsn org cina,mmg laris..sepagi je blh jual 15kg.saya pn takde lesen,car boot sales je.nampak perbandaran,cpt2 ttp bonet.ahaha
Bkn sy nk memuji org cina,tp diorg lbh mghrgai khasiat ikn haruan ni.

renjerkabloi said... Reply To This Comment

betul tu..mase ikan terlalu byk je pun jdi jem nak jual..skang ni bila ikan dah kurang baru la berebut nak beli :P

Snakehead said... Reply To This Comment

Tu la.adat brniaga..kne sabaq.

renjerkabloi said... Reply To This Comment

@Snakehead kalau hilang sabaq xboleh la jadi kaki pancing hehe :P

Snakehead said... Reply To This Comment

Tp sy kagum dgn renjer sbb dapat ikan haruan yg besar2.blh bgtau guna umpan ape?saya gunakan rawai n umpan kerang rebus,kdg2 guna ulat sagu..mmg dapat belas2 kilo sehari,cuma saiznya kecik2.majoritinya 300g je sekor..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

@Snakehead haruan ni kalau satu2 kawasan tu byk, yg besar bknye xde..cuma yg besar ni cerdik sikit..kelibat orang pun die dah cabut awal.. kalau casting pun kena senyap2 je..

renjer kalau casting mmg guna katak je..

Snakehead said... Reply To This Comment

Casting rupanya..kt sini casting agak kurang menjadi,sepetang blm tntu dpt 10ekor pn..

sbb tu sy gunakan rawai,sy tahan petang,pastu masuk kerja mlm.pagi esoknya blk kerja pegi tgk la..pastu trs jual.balik tido kejap then petang ulangi rutin yg sama..

mmg penat tp seronok.renjer pn blh cuba teknik rawai ni..mudah dan lumayan jgk.saya blh ajar teknik rawai dasar,xperlu susah2,cuma duduk tepi tebing dan tarik mcm tarik bendera.

tp hasilnya cuma kecik2.dan kalau ada 300mata rawai,50kail je yg mengena.
hahaha

renjerkabloi said... Reply To This Comment

@Snakehead memang lumayan..rawai ke menaut ke memblat ke..tapi kalau renjer nak dapat byk snang je, blat je dah boleh dpt 5,6 puluh kilo kalau kat tmpat renjer ni,tapi casting jugak btul2 rase best hehe..

Snakehead said... Reply To This Comment

Membelat ni mcm menimba air @ pam air bg kering la kan?pernah jgk dulu time kemarau membelat ni,bukan takat haruan,bapak sawa pn dpt..hehe.tp penat bdn xhingat..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

@Snakehead membelat ni gunakan jaring mcm jala tu..tahan dulu pastu masukan sampah dlm blat tu..pastu dari atas halau ikan2 tu..bila dah smpai dekat belat tutup la pintu blat tu..ikan2 tu terkurung la :)

Snakehead said... Reply To This Comment

Haha,mcm tu ka?ceteknya ilmu perikananku.:p

renjerkabloi said... Reply To This Comment

@Snakehead : xpe..dekat renjersungai ni boleh blajar mcm2 teknik menangkap ikan hehe :P

Anonymous said... Reply To This Comment

@rosslan kat mane jual ni?

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

skang susah dah nk dpt stok ikan haruan ni...ikan kurang..pasal lubuk kat estate tu dalam proses sawit tanam semula..byk lubuk-lubuk sudah di timbus :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...