TERJAH LUBUK IKAN BUJUK




ASSALAMMUALAIKUM





Ikan haruan bujuk apa bezanya dengan ikan haruan biasa?? apakah khasiat ikan haruan bujuk ini?? dan mengapa lokasi kawasan ikan haruan bujuk ini berbeza dari kawasan ikan haruan biasa?? 

dari pengalaman renjer memburu ikan haruan bujuk setakat ni la.. dari segi rupa bentuk bezanya ikan bujuk ni dengan haruan adalah di kepalanya.. di mana ikan bujuk mempunyai kepala yang agak tajam muncungnya.. dari segi corak badan pun berbeza..ikan bujuk mempunyai tompok berbatik hitam kekuningan dan berbeza corak mengikut calour air kawasan yang didiaminya..

untuk khasiat isi ikan bujuk ini renjer pun kurang pasti..tapi ada yang mengatakan khasiat ikan bujuk ini sama seperti  khasiat isi ikan haruan jugak..menyembuhkan luka dalaman.. dari segi rasa isinya pulak, ikan bujuk lebih sedap berbanding ikan haruan..

ikan bujuk ini tidak banyak bergerak seperti ikan haruan..biasanya ikan bujuk ini duduk di kawasan paya-paya berhampiran sungai atau sungai mati..kawasan yang penuh akar-akar balak biasanya menjadi sarang ikan bujuk ini..




namun ikan bujuk ini tetap menyambar sama seperti ikan haruan..cuma dia tidak banyak bergerak..hanya  kaki pancing yang biasa memburu ikan bujuk ini akan tahu mengesan lokasi lubuknya..ikan bujuk ini tidak akan duduk di kawasan yang lapang,tapi akan keluar pada hari malam untuk mencari makanan..teknik mengumpan ikan bujuk ini boleh jugak menggunakan umpan katak atau anak ikan yang dijadikan rapala..





nota renjer :gambar-gambar ini sedikit hasil dari trip renjer minggu lepas..lokasinya,sungai mati estate ulu basir..19 ekor ikan haruan,4 ekor ikan bujuk..


10 komen tak kire kaki pancing:

Keong said... Reply To This Comment

port memang cantik...

anamizu kaito said... Reply To This Comment

oho.. baru tau beza haruan bujuk & haruan biasa ada beza =P

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Keong : cantik dan terbaik!! :P

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@anamizu kaito : byk bezanye cik ana oi hehe..rajin2 la sggh kalau nk knal ikan lagi :)

Keong said... Reply To This Comment

banyak ker sungai mati di ulu basir ?

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Keong : banyak..tapi nak kena rajih jelajah la..hutan lagi.. :)

Fadzli Amir said... Reply To This Comment

Salam Bro....memang best kalu dapat rasa getaran dia....aku pun mancen gak cuma tak le berhantu, cuma jadikan aktiviti sefamily...

Azrulizam Ahmad Rozlan said... Reply To This Comment

salam bro renjer, kalau ader trip lagi bolehler roger kawan, mana tau kawan dapat ikut ker,

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Fadzli Amir : betul tu..mcm renjer ni,cari ikan tu mmg dah jadi kerjaya dah.. hari2 renjer bekalkan ikan.. :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Azrulizam Ahmad Rozlan : insyallah.. buat mase ni renjer sibuk sikit..nti la kalau lps2 raye boleh la kot nak join :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...