SUNGAI BERNAM | PESTA IKAN KELABAU



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Sebut saja ikan kelabau pasti ada yang tertanya-tanya ikan apa tu?? renjer pun kurang pasti kalau ikan kelabau ni di tempat lain apa namanya.. tapi yang pasti ikan kelabau ini tidak semua sungai ia ada..kalau kaki pancing di tempat renjer ni sebut je ikan kelabau pasti akan tahu rupa dan kudrat ikan ni masa bertarung untuk daratkanya..memang ikan ini susah dikesan..ia juga spesis ikan yang bergerak dalam kumpulan..dan biasanya lokasi reba kayu menjadi kawasan habitat ikan ini..

Sungai bernam antara sungai yang masih lagi banyak dihuni oleh ikan kelabau ini.. cuma masih ramai lagi kaki pancing yang belum faham teknik memancing ikan ini dan cara mengesan lokasi ikan ini dengan betul.. pertamanya umpan --- apa umpan yang sesuai ? mengikut pengalaman renjer la..buah kelapa sawit adalah umpan yang terbaik untuk mejerat ikan ini.. yang penting buah sawit ini haruslah buah yang betul-betul masak..diperam atau digunakan dengan cara memotong halus..matakail pun jangan guna yang terlalu kasar..cukup sekitar saiz 12-13-14 jenis eagle wave..mulut ikan kelabau ni halus..dan makan jenis menyedut umpan...




tali pancing dan juga batang pancing juga harus sesuai dan memberi peranan penting untuk memburu ikan ini..tali pancing tidak boleh guna yang terlalu kasar..kerana inginkan kedudukan umpan sesuai dengan arus..jika menggunakan tali pancing terlalu kasar boleh menyebabkan kedudukan umpan hanyut ketebing sungai.. gunakan batang pancing  yang agak lembut sedikit..

mengikut pengalaman renjer lagi, memancing ikan kelabau ni tak boleh terlalu bising.. dan jangan terlalu mendedahkan diri ditebing sungai.. ikan ini sensitif dan mudah terkejut.. cara menabur sedikit buah sawit hancur adalah cara paling berkesan untuk memberi ikan kelabau ini keluar dari reba kayu dan berlegar mencari makanan... bila ikan ini mula bermain  di permukaan air. .masa inilah ikan ini mula galak memakan umpan..





Nota renjer : gambar ikan kelabau ni hasil dari trip renjer ke sungai bernam area jambatan muhibah cangkat menteri..


7 komen tak kire kaki pancing:

bakri said... Reply To This Comment

info yang menarik! cantik bro..ilmu berguna ni.. lepas ni boleh layan kelabauuu... jangan kelabu mata tgu dah la hahaha..........

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@bakri : yeap! jom p layan sama2 hehehe :P

shahir@.com said... Reply To This Comment

salam renjer sungai.......

ikan ni mahal ke?? berapa kalau nak jual?? teringin je tengok.

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@shahir@.com : mahal pun kena dengan susah nak memburunya.. ramai dah yang tempah kat renjer ikan ni..

kalau ada renjer jual ikan ni ikut harga tolak kt peraih je..rm30 1kg..

Unknown said... Reply To This Comment

Jeles2

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@zainuddin otaklaju : ade mase kita plan trip..baru x jeles hehehe :P

kelahmas said... Reply To This Comment

Tk. Dapat info berguna . Sg Bernam. ......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...