TRIP MEMANCING SG BESTARI JAYA


ASSALAMMUALAIKUM and HI all


*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)




Sungai Batang Berjuntai atau Bestari Jaya River..edisi trip memancing yang sudah lama renjer tunda..biar pun banyak barang kami kurang lengkap tapi disebabkan umpan kami sudah lama terperam terpaksa la kami mengatur trip jugak..lebih kurang pukul 3 petang kami gerak dari felda besout..oleh kerana renjer sudah lama tidak turun ke sungai sana, renjer bawak seorang otai dari felda renjer (wak jaafar) dan seorang lagi partner renjer (najip)..wak ni kerap jugak la dulu turun memancing kesana..kira ada jugak la pemandu arah masa trip kami tu..  

dari tol slim river kami keluar ke tol bukit tagar..lebih kurang 10 minit kemudian kami tiba di lokasi pertama berhampiran UNISEL Bestari Jaya.. agak mencabar jugak lokasi port tu..betul-betul duduk atas perangkap sampah..kata wak dulu dia pernah daratkan ikan besar-besar kat situ..setle kami set semua senjata pancing semua kami pun cuba la nasib... starting tu macam biasa la.. ikan lampam.. banyak jugak kami daratkan kat port tu..yang makan bagi sangkut lagi la banyak! hehe..main pun kat sampah..tentu-tentu la duk menyangkut je..sampai habis perambut...ingat nak pindah port,tapi dah rasa lewat la pulak..kata wak kita tunggu jela..esok baru gegar cari pot baru... renjer?? hantam saja la labu.. wak dan najip folowwww je!


edisi malam..set lampu..khemah..pekakas memasak..najip jadi tukang bersihkan ikan..renjer jadi chef malam tu..tapi menu kami ikan lampam goreng je la pun..3 ekor yang saiz sekilo renjer goreng..lepas tu ikan kering haruan..sementara tunggu hidangan kami siap sempat la kami borak cerita pasal pengalaman memancing ni..sesambil tu sempat jugak la ikan sikit perambut..selesai edisi makan kami sambung balik memancing..malam punya penangan ikan lagi hebat-hebat..asal henjut je joran mesti bagi sangkut..mancing najip siap terjun sungai lagi..nasib la berjaya diselamatkan..rasanya ikan patin punya kerja la tu..lebih kurang 2 jam je kot malam tu kami memancing,masing-masing badan dah letih + perut kenyang...cari selimut pastu krohhhhh...zzzZZZZZ.......





subuh menjelma..kami berkemas dah trus bergegas cari kedai kopi dahulu..siap isi perut baru kami gerak..kali ni kami menuju ke satu lokasi berhampiran selangor fruit valley..lebih kurang pukul 11am kami tiba kat lokasi ni..merata kami meronda cari port..banyak tempat menarik tapi dah ada pemancing yang lebih awal..sampai la satu port tu yang dikira ok la..

labuh umpan..perhh! 2minit je bagi tempoh..berdesing drag shimano renjer..patin punya penangan..siap melambung-lambung nak lepaskan diri..tapi di pendekkan cerita.. tak de rezeki..ada la satu mamat naik sampan nak tolong saukkan ikan yang renjer tarik tu..sebab tempat renjer duduk tu tebing tinggi..malangnya mamat tu boleh gulung tali pancing joran renjer kat tangan dia..bila ikan tu mula naik permukaan terkejut la dia..satu libasan je dah boleh tussssssss... putus la der...aiyooo..

arhh! tertekan..repeat!..tabur lagi sawit..(teknik rasuah ) naik ke petang sikit baru la berjaya jugak renjer daratkan 2ekor ikan patin..tapi saiz dalam 2 kg je..selebihnya ikan lampam..yang dalam gambar tu jela hasil yang kami bawak balik..yang lainye dah jadi lauk malam dan tengah hari..lebih kurang pukul 5.30pm kami pun berkemas nak balik...next time kami akan plan lagi trip memancing ke lokasi fruit valley ni...



Nota renjer : trip akan datang kami nak pastikan hasil akan lebih terbaik..satu lagi pesan renjer..jagalah sg bestari jaya tu..banyak betul sampah bekas tinggalan kaki pancing :P


15 komen tak kire kaki pancing:

NUR said... Reply To This Comment

Haha.. Mancing pun ada teknik rasuah gak ye..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@NUR : tu la..ikan pun makan rasuah hahaha :P

Bard said... Reply To This Comment

Bro!! Rel tu memang pacak tegak ker? Atau stail jer?

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Bard : memang ade jual besi pancang macam tu..selamat sikit joran..guna umpan sawir peram ni memang sesuai pancing tegak..kalau ikan besar yang ambik umpan memang lentok la joran..drag mesin je nk kene longgar sikit :)

M.Rizal said... Reply To This Comment

Port yg Renger pergi ni masuk melalui jalan kat kuil tu kan.. Port tu bawak kabel elektrik.. ni salah satu port yg aku suka.. ada lagi satu port, tapi agak bahaya sikit.. cuba search kat http://joranbiru.blogspot.com/p/lokasi_15.html

Anonymous said... Reply To This Comment

byknya dapat..semua umpan sawit ka???

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@M.Rizal : betul la tu..lubuk tu mmg byk patin..tapi degil2 hehe :P

nti renjer terjah :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous : memang renjer bawak umpan sawit je pun trip ke sg ni..mmg nak tarik ikan patin :)

Anonymous said... Reply To This Comment

dulu selalu gak mancing kat sungai tu, tapi sejak tau mane letaknya kilang tip-top meat tu....langsung tak selera nak mancing kat situ.

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous : owahh!! betul ke?? yarrkk!! :P

Anonymous said... Reply To This Comment

Itu dulu. Sekarang usahkan patin, anak lampam pun payah nak kena. Senyap sunyi je loceng pancing. Mungkin ikan dah kurang kot. Kerana ada projek korek pasir kat situ.

Anonymous said... Reply To This Comment

Dua minggu lps turun kat area tu, dapat sekor lampam jawa 2kg dan patin 800g. Tp yg plg geram 1 pot kwsn air takung sblah sg, bsr2 ikan patin timbul tp x mau mkn. Mcm2 umpan dah pakai, cacing, roti, sawit, apung, dasar. Cuma dedak je tak try lg.

Unknown said... Reply To This Comment

boleh saya tahu ini area mana ye ... dari hari itu saya memcari tapi tak jumpa

Razif said... Reply To This Comment

Salam bro. Apa maksud kilan tiptop meat? Sy br nk mancing kesitu

Unknown said... Reply To This Comment

kalau dari traficlight unisel tu nak masuk mana ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...