HASIL & HIDANGAN




assalammualaikum..




-ikan lampam-
|
|
|

Musim hujan kembali lagi.. air sungai sudah semakin naik.. kawasan yang rendah semua dah ditenggelami air.. lubuk-lubuk yang selalu renjer turun pun dah tenggelam.. tinggal la satu-satunya port yang boleh renjer nak labuhkan joran..lepak kat jambatan estate ni..jambatan nelson namenye..yang besnye kat jambatan ni sebab ia rendah dan mudah untuk daratkan ikan..




lagi pulak jambatan ni kenderaan berat tidak dibenarkan lalu..jadi selesa la nak labuhkan joran..hasil tu kadang-kadang menarik jugak..takat nak tunggu si ikan lampam tu memang senang la..petang semalam pun renjer sempat lepak memancing sekejap kat jambatan tu..dapat jugak 2 ekor ikan lampam besar...


balik senja tu trus je halo-halo member-member team renjer..semua pakat kata orait jadi kan hidangan 3 rasa! port team renjer biase la kat kedai wan tomyam ni..kedai die je yang terima ikan luar untuk di masak..masakan die pun sedap..dapat je makan, semua dah tak pandang belakang hehe...


-lampam 3 rasa-
|
|
|
|




nota renjer : ade hasil trus makan ramai-ramai..
ikan fresh baru rasa nikmat isi die :P



HADIAH BESAR MENANTI ANDA / WAK JALI EVENT





ASSALAMMUALAIKUM...




Nak turun ke taknak ni?? hurmm..kalau turun mane la tahu ade rezeki kan..hadiah menarik tu..silap-silap kalau menang , duit tu boleh wat hantaran kawen kihkihkih



dulu dah dua kali renjer join event wak jali ni..ikan tak dapat tapi labi-labi yang mendarat hahaha..puas orang gelakkan kat renjer mase tu..mati-mati ingat ikan pacu besar..berdesing drag mesin..sekali dah naik kat permukaan air rupanya empat kaki da huhu..sampai sekarang masih segar lagi dalam ingatan kenangan layan labi-labi tu hahaha..

tapi sedang bermain di fikiran ni nak turun ke taknak..nak ke taknak??? korang rasa nak ke taknak??? 30K hoi 1st prize die!! ke rm150 je?? atau jadi bangau lagi tunggu ikan tak makan umpan hahaha...


"tak ade ikan pun tak apa janji ENJOY"


GP S'NGOR:

SIRI 8

TEMPAT: TAMAN TASIK MILENIUM, KUALA KUBU BARU

TARIKH: 30 OKTOBER 2011

MASA: 8.00PG -1.00 TENGAHARI

DAFTAR AWAL DI PEJABAT MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR BERMULA 17 OKTOBER 2011, WAKTU PEJABAT.

juara : rm30,000

kedua : rm12,000

ketiga : rm6,000

4: RM1,500

5: RM700

6-10: RM250

11-20: RM150

YURAN RM80! T-SHIRT UNTUK 500 PESERTA TERAWAL MENDAFTAR. CABUTAN BERTUAH 20 HADIAH DAN CABUTAN BONANZA RM500 X 4 PEMENANG. JUARA GRAND SLAM AKAN MENERIMA KERETA PROTON SAGA 1.3, KEDUA RM10,000 DAN KETIGA RM5,000. 013-3113911




nota renjer : kalau ade rezeki takkan kemana..yang penting cuba dulu bertarung hehe...

sumber : wak jali


SERANG DAH KE SUNGAI BERNAM




assalammualaikum...



-sg bernam-
|

Intai ke sungai bernam semalam..renjer bersama hakim al-ikhsan...walaupun air sungai baru je nak mula surut dan sekitar lubuk agak berselut kami tetap redah nak labuhkan joran...sangap nak memancing punye pasal hehe...lagi pun masa air tengah dalam macam ni la nak cari ikan lampam yang besar-besar...

buktinya ha tu seekor ikan lampam hampir 2 kg yang sangkut kat kail hakim..senyum lebor la deme hehe...selebihnya renjer yang dapat..tunggu ikan kelabau pun tak muncul..tapi dapat jugak la tengok kumpulan ikan tu bermain di permukaan air..mungkin dia tak jumpa umpan kami..tak pun ikan tu masih kenyang..mungkin la hehe...




dalam 2 3 hari ni kalau tak hujan lagi mungkin air sungai lubuk ni betul-betul surut..masa ni la nak beraksi hehe..jangan sampai geng buru udang je turun...kang takde port nak duduk..

ada dah 2,3 orang yang halo renjer ajak turun ke lubuk ni..renjer je belum bagi kata putus..pasal pergi dengan hakim masa balik petang tu hujan turun punya la lebat...takut jugak nak pegi lagi..karang air tak ok ha..diorang dah la datang dari jauh..rekod trip kena jaga jugak hehe...

|
-hasil semua-
|



nota renjer : nampak menarik dak gambar-gambar yang renjer post ni???
hasil sentuhan DSLR milik hakim :P



SG PETANI | WEDDING SHAZILA & ABU KHAIRI









ASSALAMMUALAIKUM..




-abu & sha-
|

22.10.2011 selamatlah hari persandingan kedua mempelai ini...renjer pun dah selamat pulang selepas menghadiri perkahwinan diorang ni..jauh jugak nak ke rumah pengantin ni..lebih kurang 4 jam perjalanan dari perak nak ke kedah ni..renjer pun baru kali pertama menjejakkan kaki ke sungai petani ni..betul-betul berpandukan peta dalam kad kenduri je..nasib la kami tak sesat..




segak tak pengntin lelaki ni..ade iras-iras renjer dak?? hehe..renjer ke majlis perkahwinan diorang ni sebab tolong co-pilot cik ana dan cik ila..pengantin perempuan tu kawan diorang masa study dekat usm penang dulu...lama dah diorang tak jumpa..last jumpa dulu pun masa konvo kot..

best wo lauk pauk kat kenduri sungai petani ni..sedap sesangat..pekena sup daging ngan gulai ikan talang..cicah sambal perhh!! terasa rugi je makan sikit hehehe...



balik dari kenduri tu kami singgah pulak ke zoo taiping.. ini pun kali pertama renjer jejakkan kaki kat zoo ni..mula-mula tu macam tak semangat je nak masuk..pasal hujan..tapi pasal diorang cakap dalam tu ada banyak ikan tu yang renjer kata "ha jom redah hihi"

bila dah masuk memang teruja la jugak hahaha..tengok buaya mak oi besaq-besaq wei! ikan pun punya la banyak kat kolam-kolam dalam zoo tu..kalau la boleh memancing perhh!

pantang tengok kolam ada ikan huhu..macam tu la kalau dah jadi kaki pancing ^_^






nota renjer : next turn sapa pulak nak invite p kenduri???
lai..lai..lai~





MENU RENJERSUNGAI TENGAH HARI NI






ASSALAMMUALAIKUM..




Jom makan!!


|


Simple je menu renjer tengah hari ni..ikan patin goreng cecah cili kicap vs sup ikan haruan..walaupun dah tak boleh nak turun memancing hujan-hujan ni..stok ikan renjer tetap ade hehe..tinggal lagi nak kena rajin je selongkar peti ais tu...nak masak yang best-best belum pandai lagi.."mod malas huhu" goreng pun sodap!!





ha semua jom makan...ha ko sekali la cepat! lambat tinggal tulang je kang huhuhu...




nota renjer : makan selagi boleh hehe...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...