SEDIKIT TIPS TEKNIK MENGAIL UDANG GALAH




ASSALAMMUALAIKUM






Dari pengalaman seorang pemancing tegar...UDANG GALAH! senang ke nak memancing udang galah ni??  bagi yang dah biasa  mesti akan jawap mudah je kan?? campak je umpan tu,agak-agak lama sikit pastu tarik..kalau rase berat je menghenjut-henjut balas tarikan,tu udang la tu.. betul ke macam tu?? kalau yang baru je nak berjinak memancing udang ni agak-agak boleh faham ke?? ha meh sini renjer share sikit teknik yang renjer selalu gune untuk  memancing udang ni..


1. UMPAN 

cacing.. cakap je memancing udang mesti ingat cacing je umpannye kan?? sebenarnye udang ni takla memilih sangat umpan ape yang kita nak pakai.. tak kisah la kita nak guna cacing ke umpun-umpun ke isi ikan ke cengkerik ke..yang paling penting sebenarnye lokasi tu..jangan ingat dah cangkuk je umpan,main campak je kat mane suka..cangkuk umpan pulak jangan la sampai kail pun tengelam..biar sikit je umpan baru mudah sikit udang ni nak tersangkut kat kail..


2. LOKASI

sungai yang banyak udang..yela banyak,tapi bila memancing tak pulak boleh dapat banyak..ha tu lagi satu penting yang nak kena tahu...kalau sungai airnya ada pasang surut..lokasi terbaik bila air tengah surut..cari kawasan yang banyak pokok tumbang..atau celahan pokok-pokok yang rimbun di pinggir sungai..mase air makin surut,arus sungai akan makin deras..mase ni la udang ni akan berlindung di sebalik reba-reba pokok tumbang ni..udang ni mengelak dari di hanyutkan arus deras..

bila air pasang pulak,arus air sungai makin bergerak perlahan..mase ni la udang ni mula merangkak keluar dari kawasan reba untuk mencari makanan..mase ni mudah sikit la nak memancing..campak je umpan kawasan lapang sikit pun dah ok..satu lagi kalau dah labuh umpan tu tak perlu la tunggu lama sangat baru nak tarik..setiasa la kena tarik..kalau biar terlalu lama umpan pun bukan udang tu nak lekat sendiri kat kail..seyes renjer cakap. nasib-nasib la pun udang ni nak telan kail..udang ni ade 4 tangan tau (penyepit) ..2 tangan kecik die tu pandai asingkan benda yang die nak telan..sebab tu la kalau biar umpan terlalu lama tau-tau bila angkat je dah tak de umpan...


3. JORAN DAN KAIL

joran tu biar la yang lembut-lembut je..kalau memancing udang naik sampan pulak,guna joran yang pendek paling sesuai..mudah sikit..kalau memancing kat tebing je,joran tu biar yang panjang sikit..mesin pancing pun same..tak perlu la mesin pancing yang besar-besar..siri 1000 pun dah kira terbaik..tali pancing paling bagus guna yang halus-halus je..biar dalam 10 ke 15 paun je..perambut pun sama biar halus lagi bagus..kail pun paling bagus kail yang halus je..kalau renjer suka guna yang saiz 5 tu je..jenama egle wave tu..




sedikit sebanyak tu la  tips memancing udang ni kan hehe..selebihnya terpulang pada rezeki la..paling kerap turun memancing udang,makin cepat la nanti memahami cara yang terbaik untuk dapat hasil yang lumayan :P 



nota renjer : tips ni sekadar dari pengalaman renjer la..cant try this at river la hehe..



TERJAH LUBUK HARUAN BUJUK




ASSALAMMUALAIKUM..





Selesai misi renjer ke sungai dan setelah puas sehari berehat kini renjer terus menerjah lubuk..lubuk yang renjer turun ni tak jauh pun dari felda renjer..lebih kurang setengah  jam je dah boleh sampai ke lokasi..biar pun badan masih belum hilang penat dari trip ke sungai perak tempoh hari...tegar macam renjer ni mana boleh duduk diam hehe...

4 petang, renjer sudah sampai ke lokasi paya berhampiran sungai darus ni..banjir kat kebun sawit ni masih belum surut rupanya..biarpun sungai-sungai lain yang terdekat sudah surut airnya seperti biasa...mungkin paya sungai darus ni terlalu tebal rumputnya menyebabkan air banjir ni tak boleh turun...tak seperti di estate ulu basir yang sentiasa mengepam air banjir keluar ke sungai...



bagi kaki pancing macam renjer ni dah tentu lah lagi seronok jika banjir ni lagi lama.. bila banjir macam ni la ikan-ikan mula keluar dari tempat persembunyian..lokasi ni pulak adalah lokasi yang paling banyak menyimpan ikan haruan bujuk..bukan senang sekarang ni nak memburu ikan bujuk ni.. lubuk renjer yang lama-lama dulu semuanya sudah dikorek.. tinggal la satu-satunya lubuk paya sungai darus ni..

biarpun haruan bujuk ni masih banyak di lokasi yang renjer turun ni..jika tidak kena teknik yang betul akan jadi sukar jugak la untuk mendaratkannya..ikan bujuk ni tak seperti ikan haruan yang agak mudah sedikit untuk memancingnya.. biarpun menggunakan kaedah yang sama iaitu  :

pertama : teknik casting 
kedua : mengalau






jika menggunakan umpan katak,balingan dan tarik pergerakan katak tidak boleh terlalu laju.. perlu banyakkan memberhentikan katak di rumput-rumput atau kayu ranting yang ada di sekitar lokasi yang kita pancing.. ikan bujuk ni tak bergerak jauh dari sarangnya.. jika membuat tarikan umpan katak terlalu laju, ikan bujuk ni takkan sempat untuk menyambar..

teknik kedua menggunakan umpan anak ikan.. teknik ni lebih mudah sedikit.. hanya perlu menurunkan anak ikan di celah-celah kayu atau rumput.. atau di mana yang kita rasakan adanya ikan bujuk ni..sentiasa membuat goncangan untuk membuatkan umpan anak ikan yang kita sangkut pada kail seolah-olah ia seperti masih hidup...jika mengunakan umpan anak ikan ni kita tak perlu la menggunakan kail yang terlalu besar.. mulut ikan bujuk tak seperti mulut ikan haruan yang agak lebar..




nota renjer :  selain berbeza harga,isi ikan haruan bujuk ni lagi sedap berbanding isi ikan haruan biasa..tetapi ikan bujuk ni renjer kurang pasti apa khasiatnya..


TERJAH LUBUK SUNGAI PERAK




ASSALAMMUALAIKUM





Misi renjer kali ni kami ke sungai perak pulak..trip ni abang renjer (acik) yang rancang..adik member dia yang nak bawak kami ke satu lubuk kat sungai perak ni.. malam tu abang renjer dengan kawan dorang ( acik dan anjang dan member dia zani) gerak dari kl dalam pukul 8 pagi..abang renjer atam dan member dia bro amin pulak grak lebih awal sikit..dorang dari senawang negeri 9..dorang terus nak singgah felda renjer nak ambik renjer pastu baru kami teruskan perjalanan...

dari felda renjer kami gerak dalam pukul 10 malam..kami masuk ikut haiway bidor terus keluar dekat tol k.kangsar..lebih kurang pukul 12 tengah malam kami sampai kat hospital sungai siput perak..kami tunggu situ sementara menunggu tekong lubuk iaitu adik pada member acik tu..dorang datang 4 orang dari kg lasah..




lebih kurang 10 minit kami tunggu kat hospital sungai siput tu,budak-budak tu pun sampai..dorang la yang bawak kami ke lubuk sungai perak ni.. sebelum kami teruskan perjalanan  ke lubuk malam tu, kami singgah makan dulu.. masing-masing dah kebulur hehe... tersinggah la pulak kat kedai makan yang toke dia pun kaki pancing.. ahah! apa lagi.. rancak la kami sembang pasal lubuk-lubuk ikan ni.. bro toke kedai tu cakap dia pernah dapat ikan besar-besar kat sungai perak ni..yang saiz puluh kilo pun dia pernah daratkan..perhh!! tapi kata dia la.. betoi ke idok, teman tak tahule.. hehe.. berkobar-kobar la semangat kami bile dengar cerita dari  toke kedai makan ni..

selesai je kami makan-makan. tekong lubuk pun ajak kami teruskan perjalanan..lebih kurang setengah jam kami sampai ke lokasi pertama kami dekat jeti lama.. lokasi ni bawah sikit dari ampangan chenderoh.. lebih kurang pukul 1 pagi kami sampai kat lubuk pertama ni..masing-masing labuhkan joran la pagi tu..kami pertaruhkan umpan sawit peram..tapi takde ikan yang sudi pun nak makan umpan..mungkin lokasi ni air surut sangat kot..gelap-gelap pagi tu kami pun tak pasti lubuk tu macam mane..anak-anak ikan jela yang sudi makan umpan pun..lebih kurang pukul tiga pagi kami pun dah tak lalu nak tunggu..masing-masing cari port nak tido jela..



menjelang pagi lebih kurang pukul 8 pagi, kami pun keluar dari lubuk pertama tu.. cari kedai nak sarapan pagi..lepas tu tekong tu nak bawak kami ke lubuk kedua pulak..kali ni lubuk kedua ni lebih menarik sikit.. pasal orang luar tak dibenarkan masuk..budak-budak tekong ni je boleh..sebelum ke lubuk tu tekong lubuk ni singgah dulu kat rumah toke kebun lubuk kedua tu.. nak ambik kunci pagar nak masuk ke lokasi kedua kami.. tempat memang cantik la..air sungai pun cantik je.. tinggal lagi rezeki kami je takde..mane taknye..  banyak pulak orang menjala ngan menjaring kat lubuk tu.. dorang naik sampan.. siap ade yang turun menyelam lagi,menembak ikan..dorang cari rezeki macam tu..memang spoil jugak la hehe..apa boleh buat tempat orang..layan kan aje la..

bawak ke tengah hari, kami keluar lagi dari lubuk tu.. singgah kat masjid dulu lepas tu kami teruskan perjalanan cari lubuk lain.. kali ni kami sendiri je cari lubuk..budak-budak tekong tu pun dah balik..lubuk seterusnya kami ke kg karai..ala tempat mamat khalid buat filem zombi kampung pisang tu...kat situ jela kami lepak sampai ke pukul 6.30 petang.. lepas tu kemas-kemas nak balik dah.. hasil kami pun kira ok jugak la..cuma saiz ikan je kurang matang sikit hehe...ape pun ade jugak la rezeki kami.. 




nota renjer :  next trip raya cina nanti pulak.. mungkin kami ke lokasi sungai perak ni lagi.. tapi kali ni ke sungai air air ganda.. harap-harap trip kali ni lagi ok la..



BOAT ON THE ROAD 2012




ASSALAMMUALAIKUM



|
sungai bernam
|


Trip terbaru renjer bersama-sama team alucast dari kuala lumpur..misi kami kali nie ingin memburu udang galah sungai bernam..selalunya trip renjer ke sungai bernam ni memancing kat tebing sungai je.. tapi, dengan team alucast ni,peralatan diorang complete..siap bawak bot lagi..lagi senang la kami sampai ke lubuk-lubuk best..cuma cari jalan nak masuk ke sungai je susah sikit..banyak sangat gate kat estate tu..

team alucast ni sampai ke felda renjer lebih kurang jam 8 pagi..misi kami ni di ketuai oleh abang hasbulah ahmad..2 lagi member dia abang zanuar dan pak aji nor..dari felda renjer kami terus gerak ke lubuk..tapi kami start dapat memancing pukul 3 petang..jenuh cari jalan nak masuk ke sungai nak turun kan bot..berjam-jam cari jalan nak masuk ke estate tu..


kami dapat memancing lebih kurang 3 jam je petang tu..lepas tu kami ke darat siapkan port kami nak berkemah..hasil yang kami dapat petang tu lepas la nak buat lauk untuk makan malam..yang bestnya lagi menu kami malam tu ada cendawan busut..abang aji nor jadi chef kami malam tu..cendawan masak sup campur udang galah vs pulak sambal tempoyak dan ikan pekasam sebarau..perhh!! terbaek lak masakkan pak aji hehe...

setle je semua..kami turun pulak memancing malam tu..kali ni renjer dan abang zanuar je yang turun..pak aji dan abang hasbulah lepak je kat khemah..malam tu kami memancing lebih kurang 3 jam je jugak..hasil malam tu pun boleh tahan  jugak..nak memancing sampai lewat pagi tak lalu pulak,nyamuk banyak sangat..henjut bot ke khemah trus masuk khemah tido.. 

|

pagi tu lebih kurang pukul 8 kami siap-siap pulak nak turun memancing..lepas sarapan kami gerak ke lokasi masing-masing..renjer dengan abang hasbulah turun ke sungai belah atas..abang zanuar dan pak aji pulak ke sungai sebelah bawah...

lebih kurang pukul 6 petang baru kami ke khemah balik..hasil kami hari tu kira terbaik jugak la..kalau nak kira udang yang kami dapat memang ratus-ratus ekor la..cuma saiz udang je kurang besar..abang zanuar pulak berjaya jugak daratkan seekor ikan belida..selesai kami kemas-kemas barang-barang kami..trus gerak balik..penat betul trip renjer kali ni..mane taknya, berjam-jam duduk je dalam bot tu .. naik kematu bontot wehhhhh! hehe :P




nota renjer : seronok dapat turun trip macam ni.. tapi penat sikit la.. sampai nak update blog pun tak sempat hehe :P



MISI UDANG 2012 PART 2




ASSALAMMUALAIKUM..







Misi trip kali kedua ke lubuk sungai ulu basir ni..kali ni hasil agak kurang sedikit dari trip pertama..mungkin kerana air sungai sudah betul-betul surut..tambahan pulak air yang kurang cantik akibat air tanah gambut dari estate sudah mula bercampur dengan air sungai..bila air sudah berkeladak udang mula bersembunyi didalam reba kayu sementara menunggu air pasang..bila air sudah pasang baru udang-udang ni mula bergerak mencari makanannya...

terpaksalah kami berpindah randah mencari lokasi yang lebih baik..pantang tengok pokok tumbang pasti kami labuhkan joran masing-masing..tak macam trip pertama hari tu masa air sungai masih dalam lagi..3,4 kali pindah je hasil dah lumayan..trip kali ni kurang sikit..makin jauh la kami redah hutan tepi-tepi sungai tu..naik lembut lutut  nak berjalan hahaha..gila mancing punye pasal la tu...




setle je musim udang ni nanti baru la renjer nak plan trip memancing ikan pulak..kalau tak hujan la dalam bulan ni, pasti air sungai akan surut habis..mane tahu misi ikan belida pulak..mase memancing udang tu renjer tengok kelibat ikan-ikan belida ni cukup banyak..besar-besar pulak tu yang timbul..masa udang tengah banyak ni ikan belida ni sudah kenyang...lagi pun susah sikit nak buru ikan belida ni kalau dia masih tak berkumpul setempat...

kalau air sungai dah betul-betul surut nanti baru la ikan belida ni berkumpul..mase tu nanti pantang campak umpan la hehe...umpan terbaik untuk memburu spesis ni nanti tentu la menggunakan anak udang galah ni..tak sabar la pulak rasannya nak tunggu musim ikan belida nanti hehe... :P






nota renjer : udang galah ni boleh buat umpan terbaik untuk memburu ikan belida..harga udang galah ni rm35 1kg..mahal sungguh umpan ikan belida hehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...