MISI UDANG 2012 PART 2




ASSALAMMUALAIKUM..







Misi trip kali kedua ke lubuk sungai ulu basir ni..kali ni hasil agak kurang sedikit dari trip pertama..mungkin kerana air sungai sudah betul-betul surut..tambahan pulak air yang kurang cantik akibat air tanah gambut dari estate sudah mula bercampur dengan air sungai..bila air sudah berkeladak udang mula bersembunyi didalam reba kayu sementara menunggu air pasang..bila air sudah pasang baru udang-udang ni mula bergerak mencari makanannya...

terpaksalah kami berpindah randah mencari lokasi yang lebih baik..pantang tengok pokok tumbang pasti kami labuhkan joran masing-masing..tak macam trip pertama hari tu masa air sungai masih dalam lagi..3,4 kali pindah je hasil dah lumayan..trip kali ni kurang sikit..makin jauh la kami redah hutan tepi-tepi sungai tu..naik lembut lutut  nak berjalan hahaha..gila mancing punye pasal la tu...




setle je musim udang ni nanti baru la renjer nak plan trip memancing ikan pulak..kalau tak hujan la dalam bulan ni, pasti air sungai akan surut habis..mane tahu misi ikan belida pulak..mase memancing udang tu renjer tengok kelibat ikan-ikan belida ni cukup banyak..besar-besar pulak tu yang timbul..masa udang tengah banyak ni ikan belida ni sudah kenyang...lagi pun susah sikit nak buru ikan belida ni kalau dia masih tak berkumpul setempat...

kalau air sungai dah betul-betul surut nanti baru la ikan belida ni berkumpul..mase tu nanti pantang campak umpan la hehe...umpan terbaik untuk memburu spesis ni nanti tentu la menggunakan anak udang galah ni..tak sabar la pulak rasannya nak tunggu musim ikan belida nanti hehe... :P






nota renjer : udang galah ni boleh buat umpan terbaik untuk memburu ikan belida..harga udang galah ni rm35 1kg..mahal sungguh umpan ikan belida hehehe...


16 komen tak kire kaki pancing:

lieynanilaz said... Reply To This Comment

baik bagi kat saya udang galah tu!!goreng butter pun sodap!1...hehe.

err...ulu basir tu kat mana renjer...

renjerkabloi said... Reply To This Comment

lieynanilaz : mai la sini ambik sekilo hehe..

ulu basir ni estate..dkat2 nak ke cangkat menteri dan nak ke ulu bernam..:P

abah khalisha said... Reply To This Comment

ini kes udang makan udang ni..ingat haruan je makan haruan.hehehe

renjerkabloi said... Reply To This Comment

abah khalisha : udang ni ape pun die mkn hehe.. :P

matakail said... Reply To This Comment

ishhhhhhhh ishhhh ishhhh

renjerkabloi said... Reply To This Comment

matakail : tu dia hahaha geram la tu kan?? nti turun jom sewa bot je :P

anamizu kaito said... Reply To This Comment

perhhhhh!!!!! manyaknye udaaaaaanng!






cik ana

renjerkabloi said... Reply To This Comment

cikana : kan cik ana yg oder hehe..nti mai ambik tau :)

sangkakelubi said... Reply To This Comment

amboi bnyknya...renger mncing udang selalu pakai umpan ape?

renjerkabloi said... Reply To This Comment

sangkakelubi : pakai umpan cacing je pun..tgh musim skang ni,tu yg dapat banyak.. :P

madi said... Reply To This Comment

besar2 jugak ye udang sg bernam ni..puas la dapat mkn ni :)

helmi tanjung said... Reply To This Comment

udang pulak?? perhh! ikan haruan dah xde ke??

renjerkabloi said... Reply To This Comment

madi : saiz udang sg bernam ni campur2 je kecik besar..puas jugak la dapat mkn :P

renjerkabloi said... Reply To This Comment

helmi : udang byk haruan pun byk..tapi dah orang ajak udang g lyn udang la hehe..

Blast sakh - Arghh said... Reply To This Comment

minta perhatian..

sila lepaskan kembali udang dikail yang mempunyai telur bagi memastikan stok udang galah di sungai2 sentiasa ada.

Kerjasama anda semua dalam memelihara stok udang galah di perairan kita ini sangat dihargai memandangkan ramai pemancing yang mengaut hasil tanpa berfikir dengan baik.

Bersama-sama kita menjaga perairan kita ini supaya musim udang akan datang mempunyai stok udang yang banyak. Terima Kasih.

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Blast sakh - Arghh itu satu cadangan yang baik..tpi yela kan..manusia ni mcm2 hal..bg renjer klu takat memancing je..udang ni sentiasa akan ada..tpi bila main dengan..blat..candit..semunya berubah..ketara udang makin berkurangan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...