BOAT ON THE ROAD 2012




ASSALAMMUALAIKUM



|
sungai bernam
|


Trip terbaru renjer bersama-sama team alucast dari kuala lumpur..misi kami kali nie ingin memburu udang galah sungai bernam..selalunya trip renjer ke sungai bernam ni memancing kat tebing sungai je.. tapi, dengan team alucast ni,peralatan diorang complete..siap bawak bot lagi..lagi senang la kami sampai ke lubuk-lubuk best..cuma cari jalan nak masuk ke sungai je susah sikit..banyak sangat gate kat estate tu..

team alucast ni sampai ke felda renjer lebih kurang jam 8 pagi..misi kami ni di ketuai oleh abang hasbulah ahmad..2 lagi member dia abang zanuar dan pak aji nor..dari felda renjer kami terus gerak ke lubuk..tapi kami start dapat memancing pukul 3 petang..jenuh cari jalan nak masuk ke sungai nak turun kan bot..berjam-jam cari jalan nak masuk ke estate tu..


kami dapat memancing lebih kurang 3 jam je petang tu..lepas tu kami ke darat siapkan port kami nak berkemah..hasil yang kami dapat petang tu lepas la nak buat lauk untuk makan malam..yang bestnya lagi menu kami malam tu ada cendawan busut..abang aji nor jadi chef kami malam tu..cendawan masak sup campur udang galah vs pulak sambal tempoyak dan ikan pekasam sebarau..perhh!! terbaek lak masakkan pak aji hehe...

setle je semua..kami turun pulak memancing malam tu..kali ni renjer dan abang zanuar je yang turun..pak aji dan abang hasbulah lepak je kat khemah..malam tu kami memancing lebih kurang 3 jam je jugak..hasil malam tu pun boleh tahan  jugak..nak memancing sampai lewat pagi tak lalu pulak,nyamuk banyak sangat..henjut bot ke khemah trus masuk khemah tido.. 

|

pagi tu lebih kurang pukul 8 kami siap-siap pulak nak turun memancing..lepas sarapan kami gerak ke lokasi masing-masing..renjer dengan abang hasbulah turun ke sungai belah atas..abang zanuar dan pak aji pulak ke sungai sebelah bawah...

lebih kurang pukul 6 petang baru kami ke khemah balik..hasil kami hari tu kira terbaik jugak la..kalau nak kira udang yang kami dapat memang ratus-ratus ekor la..cuma saiz udang je kurang besar..abang zanuar pulak berjaya jugak daratkan seekor ikan belida..selesai kami kemas-kemas barang-barang kami..trus gerak balik..penat betul trip renjer kali ni..mane taknya, berjam-jam duduk je dalam bot tu .. naik kematu bontot wehhhhh! hehe :P




nota renjer : seronok dapat turun trip macam ni.. tapi penat sikit la.. sampai nak update blog pun tak sempat hehe :P



16 komen tak kire kaki pancing:

anamizu kaito said... Reply To This Comment

perhhhhh!!!! patutla lame senyap... penuh trip rupenye!!! cheyyyyy~~







cik ana

renjerkabloi said... Reply To This Comment

cik ana : padat trip renjer minggu ni..sampai nk jumpe orang tersayang pun xsmpat hihi :P

Izni Hafiz Abdul Rashid said... Reply To This Comment

perg... apa kata lepas nie buat tracking sepanjang sungai Bernam dari hulu sampai laa ke hilir... :D

renjerkabloi said... Reply To This Comment

izni hafiz : kalau sanggup tracking la hehe..sungai bernam ni dah la tebing dia jenis berselut lumpur.. lembik badan kalau nak track hehe :P

nur said... Reply To This Comment

Takleh join pasal mabuk bot.. Hehe

renjerkabloi said... Reply To This Comment

nur : renjer pun dulu mabuk bot jugak..sekarang ok dah..sebap kerap turun :P

madi said... Reply To This Comment

wow! naik bot pulak dah..bes2! :P

pian daiwa said... Reply To This Comment

team alucast?? macam pernah dengar je team ni..banyak otai2 team ni kan renjer??

renjerkabloi said... Reply To This Comment

madi : nak naik bot jugak ke?? jom la..belah bawah ade port sewa bot ni :P

renjerkabloi said... Reply To This Comment

pian : team ni mmg meriah..diorang semua orang yg berduit..lengkap la barang2 diorang sekali turun :P

madi said... Reply To This Comment

ikan belida tu ada lagi dak renjer?? jual kat aku lah nti :)

kamal said... Reply To This Comment

jom ke sungai perak.di sana lagi besar-besar udangnya..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

madi : ikan blida tu bukan renjer punye la..nti lah kalau ade,renjer bagi je..musim belida nak dekat dah ni :P

renjerkabloi said... Reply To This Comment

kamal : owah! menarik tu..sungai perak dekat mane ye?? memancing kat tebing ke naik bot??

din bidor said... Reply To This Comment

fuhhhhh siap dengan boat smua?? dahsat la lu bro! tabik!! hehe

renjerkabloi said... Reply To This Comment

din : bot member je..diorang join trip renjer memancing udang haritu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...