TERJAH LUBUK SUNGAI PERAK




ASSALAMMUALAIKUM





Misi renjer kali ni kami ke sungai perak pulak..trip ni abang renjer (acik) yang rancang..adik member dia yang nak bawak kami ke satu lubuk kat sungai perak ni.. malam tu abang renjer dengan kawan dorang ( acik dan anjang dan member dia zani) gerak dari kl dalam pukul 8 pagi..abang renjer atam dan member dia bro amin pulak grak lebih awal sikit..dorang dari senawang negeri 9..dorang terus nak singgah felda renjer nak ambik renjer pastu baru kami teruskan perjalanan...

dari felda renjer kami gerak dalam pukul 10 malam..kami masuk ikut haiway bidor terus keluar dekat tol k.kangsar..lebih kurang pukul 12 tengah malam kami sampai kat hospital sungai siput perak..kami tunggu situ sementara menunggu tekong lubuk iaitu adik pada member acik tu..dorang datang 4 orang dari kg lasah..




lebih kurang 10 minit kami tunggu kat hospital sungai siput tu,budak-budak tu pun sampai..dorang la yang bawak kami ke lubuk sungai perak ni.. sebelum kami teruskan perjalanan  ke lubuk malam tu, kami singgah makan dulu.. masing-masing dah kebulur hehe... tersinggah la pulak kat kedai makan yang toke dia pun kaki pancing.. ahah! apa lagi.. rancak la kami sembang pasal lubuk-lubuk ikan ni.. bro toke kedai tu cakap dia pernah dapat ikan besar-besar kat sungai perak ni..yang saiz puluh kilo pun dia pernah daratkan..perhh!! tapi kata dia la.. betoi ke idok, teman tak tahule.. hehe.. berkobar-kobar la semangat kami bile dengar cerita dari  toke kedai makan ni..

selesai je kami makan-makan. tekong lubuk pun ajak kami teruskan perjalanan..lebih kurang setengah jam kami sampai ke lokasi pertama kami dekat jeti lama.. lokasi ni bawah sikit dari ampangan chenderoh.. lebih kurang pukul 1 pagi kami sampai kat lubuk pertama ni..masing-masing labuhkan joran la pagi tu..kami pertaruhkan umpan sawit peram..tapi takde ikan yang sudi pun nak makan umpan..mungkin lokasi ni air surut sangat kot..gelap-gelap pagi tu kami pun tak pasti lubuk tu macam mane..anak-anak ikan jela yang sudi makan umpan pun..lebih kurang pukul tiga pagi kami pun dah tak lalu nak tunggu..masing-masing cari port nak tido jela..



menjelang pagi lebih kurang pukul 8 pagi, kami pun keluar dari lubuk pertama tu.. cari kedai nak sarapan pagi..lepas tu tekong tu nak bawak kami ke lubuk kedua pulak..kali ni lubuk kedua ni lebih menarik sikit.. pasal orang luar tak dibenarkan masuk..budak-budak tekong ni je boleh..sebelum ke lubuk tu tekong lubuk ni singgah dulu kat rumah toke kebun lubuk kedua tu.. nak ambik kunci pagar nak masuk ke lokasi kedua kami.. tempat memang cantik la..air sungai pun cantik je.. tinggal lagi rezeki kami je takde..mane taknye..  banyak pulak orang menjala ngan menjaring kat lubuk tu.. dorang naik sampan.. siap ade yang turun menyelam lagi,menembak ikan..dorang cari rezeki macam tu..memang spoil jugak la hehe..apa boleh buat tempat orang..layan kan aje la..

bawak ke tengah hari, kami keluar lagi dari lubuk tu.. singgah kat masjid dulu lepas tu kami teruskan perjalanan cari lubuk lain.. kali ni kami sendiri je cari lubuk..budak-budak tekong tu pun dah balik..lubuk seterusnya kami ke kg karai..ala tempat mamat khalid buat filem zombi kampung pisang tu...kat situ jela kami lepak sampai ke pukul 6.30 petang.. lepas tu kemas-kemas nak balik dah.. hasil kami pun kira ok jugak la..cuma saiz ikan je kurang matang sikit hehe...ape pun ade jugak la rezeki kami.. 




nota renjer :  next trip raya cina nanti pulak.. mungkin kami ke lokasi sungai perak ni lagi.. tapi kali ni ke sungai air air ganda.. harap-harap trip kali ni lagi ok la..



20 komen tak kire kaki pancing:

panglima jebat said... Reply To This Comment

As salam..lepas je balik trip hari tu,jebat pergi jumpa abang tekong hari tu (abg wan-sham)..dia kata sepatutnya wan bawak kita ke sungai kat kg lasah..dia dah pesan kat wan jgn bawak kat empangan chenderoh,situ kurang ikan..sungai yg patut kita mancing dekat kampung perlop..nama sungai tu sungai kerdas..kat sinilah lubuk yg berpotensi..kalau ikutkan,cerita abang kedai yg kata dapat ikan2 besar tu kat sungai kerdas nielah..agaknya sebab kita dah sampai lewat malam,dia tak berani nak bawak kita ke sungai tu..jarak dia dgn sungai empangan chenderoh dalam 15km..paling best ikut jalan balak atau sewa bot org kampung untuk sampai ke lubuk tu..keliling dia hutan tebal..jarang org luar masuk..so,ingat lain kali nak ke sungai kerdas di kg perlop nie (sebelah kg lasah)..sekali lagi tersalah lubuk daa..lain lubuk yg cerita,lain lubuk kita terjah.

renjerkabloi said... Reply To This Comment

jebat : ape boleh buat huhu tu jela rezeki kita..lain kali plan trip bior mantap sikit.. xpe raye cina nti kite redah lagi lubuk baru tu :P

Deru Ombak said... Reply To This Comment

nak ikut..!!!

renjerkabloi said... Reply To This Comment

deru ombak : jom2..persiap diri anda hehe :P

din said... Reply To This Comment

nak join

renjerkabloi said... Reply To This Comment

din : jom2 hehe.. siap cepat! :P

admin Fisherman (pemancing moden) said... Reply To This Comment

Perlop ke, lasah ke, dah kurang ikan... tu belum termasuk area kg.karai yg renjer maksudkan ( sebenarnya kg.mandah area mamat khalid shooting tu ) tempat tu bersepah jaring... lupa, nak inform renjer..lain kali sebelum buat trip ke kuala, kasi tau dulu lokasi nak pergi, sebab teman baru tau renjer datang area kuala kangsar, kalau idak sure boleh tunjuk kedai pancing tony, yg boleh renjer cari barang yg susah nak dapat dalam perak ni. anyways saya enjoy baca report ni!

renjerkabloi said... Reply To This Comment

admin fisherman : owah camtu ye..sabtu kang kami nak ke sg air ganda pulak..katenye port kat sane terbaik!! jom la join sekali nti :P

anamizu kaito said... Reply To This Comment

perhhhh!! kemain sakan lg renjer!! masuk sana masuk sini terjah lubuk ye?? fuhhh~ hehe








cik ana

renjerkabloi said... Reply To This Comment

cik ana : nelayan darat macam tu le hehe..terjah sane sini la :P

ahowk orang islam said... Reply To This Comment

lama dah x mancing.. aduh....

renjerkabloi said... Reply To This Comment

ahowk : cuti raya cina ni xkan xsempat kot nak turun memancing?? lama xmancing kang karat joran tu nti hehe :P

Deru Ombak said... Reply To This Comment

nak ikut..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

deru ombak : oit! nak ikut?? jom la..perkenal la diri mu dulu hehe :P

madi said... Reply To This Comment

sungai air ganda?? umpan semua dah siap ke renjer??? boleh join ni hehe :)

renjerkabloi said... Reply To This Comment

madi : semua dah lengkap..tunggu masa je lagi hehe..nak join bgtau awal2,kang kena tinggal lak huhu..ptang sabtu kami grak dah..

lee ipoh said... Reply To This Comment

la renjer pegi lubuk tu ke?? ala ruginye saye tak tau..kalo tidak bleh join..hehe

renjerkabloi said... Reply To This Comment

lee ipoh : nak join lagi petang esok la..renjer turun ke sungai air ganda pulak :P dengar cerita pesta ikan tengalan kat sane..

din bidor said... Reply To This Comment

kemahhhhh demo nih! hehe

renjerkabloi said... Reply To This Comment

din : kemahh sangat huhu :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...