TERJAH LUBUK HARUAN BUJUK




ASSALAMMUALAIKUM..





Selesai misi renjer ke sungai dan setelah puas sehari berehat kini renjer terus menerjah lubuk..lubuk yang renjer turun ni tak jauh pun dari felda renjer..lebih kurang setengah  jam je dah boleh sampai ke lokasi..biar pun badan masih belum hilang penat dari trip ke sungai perak tempoh hari...tegar macam renjer ni mana boleh duduk diam hehe...

4 petang, renjer sudah sampai ke lokasi paya berhampiran sungai darus ni..banjir kat kebun sawit ni masih belum surut rupanya..biarpun sungai-sungai lain yang terdekat sudah surut airnya seperti biasa...mungkin paya sungai darus ni terlalu tebal rumputnya menyebabkan air banjir ni tak boleh turun...tak seperti di estate ulu basir yang sentiasa mengepam air banjir keluar ke sungai...



bagi kaki pancing macam renjer ni dah tentu lah lagi seronok jika banjir ni lagi lama.. bila banjir macam ni la ikan-ikan mula keluar dari tempat persembunyian..lokasi ni pulak adalah lokasi yang paling banyak menyimpan ikan haruan bujuk..bukan senang sekarang ni nak memburu ikan bujuk ni.. lubuk renjer yang lama-lama dulu semuanya sudah dikorek.. tinggal la satu-satunya lubuk paya sungai darus ni..

biarpun haruan bujuk ni masih banyak di lokasi yang renjer turun ni..jika tidak kena teknik yang betul akan jadi sukar jugak la untuk mendaratkannya..ikan bujuk ni tak seperti ikan haruan yang agak mudah sedikit untuk memancingnya.. biarpun menggunakan kaedah yang sama iaitu  :

pertama : teknik casting 
kedua : mengalau






jika menggunakan umpan katak,balingan dan tarik pergerakan katak tidak boleh terlalu laju.. perlu banyakkan memberhentikan katak di rumput-rumput atau kayu ranting yang ada di sekitar lokasi yang kita pancing.. ikan bujuk ni tak bergerak jauh dari sarangnya.. jika membuat tarikan umpan katak terlalu laju, ikan bujuk ni takkan sempat untuk menyambar..

teknik kedua menggunakan umpan anak ikan.. teknik ni lebih mudah sedikit.. hanya perlu menurunkan anak ikan di celah-celah kayu atau rumput.. atau di mana yang kita rasakan adanya ikan bujuk ni..sentiasa membuat goncangan untuk membuatkan umpan anak ikan yang kita sangkut pada kail seolah-olah ia seperti masih hidup...jika mengunakan umpan anak ikan ni kita tak perlu la menggunakan kail yang terlalu besar.. mulut ikan bujuk tak seperti mulut ikan haruan yang agak lebar..




nota renjer :  selain berbeza harga,isi ikan haruan bujuk ni lagi sedap berbanding isi ikan haruan biasa..tetapi ikan bujuk ni renjer kurang pasti apa khasiatnya..


22 komen tak kire kaki pancing:

lieynanilaz said... Reply To This Comment

ada beza tak dari segi rupa...dah saya tenung rasa macam sama jerk dengan haruan biasa...

renjerkabloi said... Reply To This Comment

lieynanilaz : beza jugak..tengok betul2 corak badan ikan bujuk ni..satu lagi bahgian kepala..ikan bujuk ni agak tajam sikit kepala dia dari haruan biasa :)

helmi tanjung said... Reply To This Comment

banyak jugak tu.. bujuk semua ke sekali haruan?? mcm ikan haruan je??

renjerkabloi said... Reply To This Comment

helmi : campur..haruan ada bujuk pun ada.. xnak join ke hehe :P

madi said... Reply To This Comment

port biasa ke renjer?? soon seng apa cerita??

renjerkabloi said... Reply To This Comment

madi : port tu la..soon seng banyak je lagi haruan..tapi xde mase nak turun :P

is balun said... Reply To This Comment

ikan bujuk ni antara ikan yang sukar diburu sekarang ni..untung la renjer masih ada tempat yang banyak ikan ni bujuk ni..jagalah kawasan ini dari diteroka dan dicemari..

anamizu kaito said... Reply To This Comment

waahhhh dahsatt arr renjer nih! =P




cik ana

renjerkabloi said... Reply To This Comment

is balun : kawasan ni pun mungkin akan dibuka jugak nti..mesin tebang pokok akan masuk bila pokok2 sawit tu dah tua..diorang akan tanam semula..hancur jugak la lubuk bujuk ni nti :(

renjerkabloi said... Reply To This Comment

cik ana : dasyat sangat ke hehe.. cik ana pernah rase dak isi ikan bujuk ni??

lee ipoh said... Reply To This Comment

wahh cmtu ye? sy baru tau beza bujuk dgn haruan lps bace cite renjer ni..hehe

renjerkabloi said... Reply To This Comment

lee ipoh : ikan ni jarang2 nak jumpe dah..tu yang banyak orang masih belum kenal dengan spesis ikan ni :P

lee ipoh said... Reply To This Comment

owhhhh..patutla.. sy mmg blm jumpe rasenye

renjerkabloi said... Reply To This Comment

lee ipoh : terjah blog renjer ni macam2 ikan sungai boleh knal hehe :

madi said... Reply To This Comment

kalau mesin tu dah masuk hancur la lubuk tu nanti :(

renjerkabloi said... Reply To This Comment

madi : memang akan hancur la..ape bole3 buat kebun diorang :)

din bidor said... Reply To This Comment

wahhhh jelesnye tengok hasil renjer

renjerkabloi said... Reply To This Comment

din : kalau jeles jom ar join trip renjer hehe :P

Aimaria said... Reply To This Comment

Renjer bg 1 ekor ikan haruan bujuk boleh?hehe

Mirulavincci Laa said... Reply To This Comment

bole sy thu lokasi ni dimana ta..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Aimaria oh..nak buat bela ke?? susah dah nk dpt ikan ni sekarang..lubuknye sudah dikambus :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Mirulavincci Laa lubuk ni area sg darus, ladang felda besout 4, lubuk ni dah xde..pokok sawitnye dah ditebang, payanye dah dikambus :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...