INFO TENTANG UDANG GALAH







assalamualaikum....




-UDANG GALAH-

udang galah atau nama saintifiknya macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang boleh di ternak secara komersil... bagi pemancing seperti renjer untuk memburu udang nie kene lah banyak meredah hutan paya untuk ke tempat yang btul-btul menarik..di sini renjer paparkan antara koleksi renjer untuk trip udang galah..






tengok la saiz XXXL jenggo nie..jelas kepuasan terpampang di wajah itu hehe....
untuk harga udang ni, ia boleh mencecah sekitar rm35 per kg.. mahal ke?? tak la sgt kot kan..hehe..







untuk belajar teknik-teknik untuk mengail udang nie atau umpan terbaik,
korang jangan la nak malu-malu bertanya renjer..
siap sedia untuk sharing2 ilmu..hehe
syaratnye kene la ade disiplin dlu..
dapat anak-anak udang yg baru nak kenal dunia tu kene la lepaskan..
tuk mase depan jugak..
kang tak merase pulak nak tengok udang yang besar-besar..hehe






NOTA: kalau korang dapat la udang nie..korang nak masak ape ye????

INFO CENDAWAN BUSUT DARI FELDA BESOUT.

assalamualaikum..


-CENDAWAN BUSUT-

cendawan busut atau mushroom..ia tumbuh bermusim ketika hujan dan panas atau hujan pada malam hari..biasanya cendawan ini kerap tumbuh di kebun-kebun kelapa sawit estate dimana tempatnya agak sejuk...ini antara paparan renjer kali ini..koleksi cendawan busut dari felda gunung besout perak..






bila tiba je musim cendawan nie renjer sendiri lah yang akan jadi pembekal no1 untuk peniaga-peniaga kecil-kecilan..kalau tak ada peniaga renjer sendiri yang akan memasarkan cendawan ini.seperti di rawang selangor atau di ipoh perak dengan harga pasaran di bawah rm20 untuk 1kg..






antara menu yang sesuai untuk cendawan ini seperti sup,tomyam,tumis berlada,goreng tepung dan macam-macam lagi lah...


nie la hasil renjer kalau dah tiba musim cendawan..huh! lumayan!


nota: bila-bila korang jumpe je orang jual cendawan nie baik korang beli..sedapp!! trai la korang rase hehe...kalau tak tahu nak masak ape cendawan nie korang trai dlu masak ngn meggi je..perrhh!! nak tahu lagi???

INFO TENTANG IKAN LAMPAM.





assalamualaikum..


IKAN LAMPAM

IKAN LAMPAM tergolong dalam genus pentius iaitu kumpulan ikan yang paling banyak terdapat didalam sungai-sungai kita selain ikan tilapia..inilah antara koleksi gambar ikan lampam hasil dari trip renjer ke sungai di daerah perak seperti di sungai tapah,sungai slim dan sungai bernam..agak mudah untuk menduga ikan lampam ini kerana ia tidak lah memilih umpan..tapi masih ada rasia resipi terbaik untuk memikat ikan ini...



hasil-hasil dari trip renjer ke sungai di daerah perak..




nota: nak join renjer mengail ikan lampam nie jom la.. nak tahu resipi umpan terbaik ikan ni???


INFO TENTANG IKAN BELIDA.

ASSALAMUALAIKUM..

nie antara koleksi ikan-ikan belida terbesar yang pernah renjer daratkan.. untuk info ikan belida ini ape kate korang yang tanye hehe.. ape yang korang nak tahu korang komen je...







nota: ikan belida ini paling laris di restoran cina dengan harga mencecah rm15 1kg.. isinya telah di ambil untuk dijadikan bebola ikan..alaaa yg fishball tu...

INFO TENTANG IKAN TOMAN.



assalamualaikum...

IKAN TOMAN


Ikan Toman adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di Negara

ASIA

termasuk di MALAYSIA.. Di Negara barat ia dikenali sebagai 'snakehead' Dipercayai dibawa oleh peniaga dari Asia dan dilepaskan ke dalam sungai secara haram..

Habitat asal ikan toman ini seperti di kawasan-kawasan seperti di lombong terbiar,tasek, sungai,sungai mati,paya,atau di dalam parit kebun-kebun kelapa sawit..

ikan toman adalah salah satu spesis ikan pemangsa yang ganas dan mudah membiak dengan cepat..ia akan menyerang jika tempatnya telah di ceroboh..ada cerita ikan toman ini pernah menggigit manusia..
untuk menduga ikan toman ini tidak lah mudah kerana ia mempunyai gigi tajam yang mampu memutuskan tali perambut biasa dengan mudah...



biasanya bagi pemancing otai yang sudah biasa dengan ikan ini akan menggunakan tali perambut dawai untuk mengelak dari ia putus..

umpan yang biasa digunakan seperti ikan keli,organ haiwan,atau rapala berbentuk anak ikan yang sesuai dan banyak terdapat di kedai-kedai pancing di malaysia..

nota: info kenali ikan sebelum ingin menjeratnya..:)
by: renjer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...