asalammualaikum..
Renjer, seorang insan yang kurang upaya..mmg takde ape2 kelulusan.. sekolah pun takat darjah 6.. tu pun takdan nak amek upsr.. nasib la renjer masih pandai menulis.. renjer kenal dunia IT ni pun bila wujudnya Pusat Jalur Lebar kat felda renjer..kat tempat ni lah renjer belajar semua pasal alam cyber ni termasuklah cara nak buat blog.. bila dah mula dapat rentak berblog pulak, bukan untuk dibangga2kan.. jauh sekali la nak jadi femes macam blogger2 lain tu..sekadar berkongsi cerita dan berkongsi ilmu.. bukan semuanya renjer tau pun..dan bukannye cerita renjer semuanya akan tepat..
bukan senang nak tulis sesuatu entry.. jenuh susun ayat.. bukan senang nak bagi orang puas dengan ape yang kita buat.. kadang2 tak tau macam mane nak tulis..bila badan penat lagi la, ape pun tak boleh buat.. lagi pulak bukan kerja renjer sepenuh masa berblog ni.. sama macam orang lain.. renjer pun ade cita2..ade harapan..banyak lagi benda yang perlu difikirkan..
ini special renjer tujukan untuk jintan manis ----> "terima kasih atas teguran anda.."entry ni pun renjer tulis selepas terpandang MESEJ di shoutmix tu daripada jintan manis.. renjer pon nak tau jugak apa yang sampai jintan manis ni kata blog renjersungai ni terlalu BERAHSIA?? entry2 sebelum ni pon, kalau ada yang bertanya tentang umpan ke, tips memancing ke, selagi mampu, renjer akan cuba kongsikan mana yang renjer tahu.. mana yang renjer tak tahu, cmne plak renjer nak kongsikan.. iye dak?? janganla jadi silent reader saja.. takkanlah nak semua di sumbat depan hidong.. banyakkanlah selongkar blog renjer barula dapat tahu mana RAHSIA mana tak rahsianye kat blog renjer ni.. kalau iye pon jintan manis nak bertanya, tinggalkan la komen berbunyi pertanyaan.. kalau lu kasi hantam saja, manala gua tahu apa yang lu mau.. macam sebelum2 ni, ramai je yang BERTANYA pasal ilmu pancing.. insyallah renjer akan cerita or jawab.. itu pun setakat yang renjer tahu lah.. takde istilah KEDEKUT ilmu pon.. pada yang folow kisah renjer sejak dulu, korang lebih tahu style renjer berkongsi cerita cmne.. macam kawan-kawan blogger yang selalu singgah, ramai je yang bertanye macam-macam.. tak pernah lagi renjer tak jawab..
first time buat blog lagi teruk..post gambar tulis name ikan..tu je yang renjer reti..sekarang ni pun tunggang langgang lagi entry renjer..mintak maaf sangat2 la kalau renjer ni menyukarkan korang.. renjer tak pernah jatuhkan hukum bunuh pon kalau tak mai jenguk blog renjer ni.. dan renjer tak pernah mintak pon dibandingkan dengan mana-mana blogger.. gua sedar gua sapa.. seriyes HATI gua terluka..
baca dari yang paling bawah
nota renjer : renjer ni ibarat budak darjah 5 buat karangan je.. kalau salah tolong tunjukkan..apela yang nak di rasiakan..