MISI IKAN HARUAN VS HUJAN



ASSALAMMUALAIKUM..





Misi team renjer turun ke estate ulu basir untuk memburu ikan haruan kali ni hanya dapat memancing sekejap sahaja ekoran hujan yang turun begitu lebat...agak mengecewakan bagi kami kerana turun agak lewat.. belum sempat satu jam pun kami bertarung menggunakan teknik casting, hujan mula turun hingga lewat petang..nasib la mase hujan tu kami sempat bernaung kat pondok pam air tu..bersumbat la kami ramai-ramai padahal semua dah basah pun...




semua menunggu dengan penuh harapan agar hujan yang turun akan reda dan ingin menyambung semula pertarungan..tunggu punya tunggu..jam sudah hampir pukul 7 petang..mungkin tiada rezeki kami untuk hari tu..nak tak nak terpaksa la kami berkemas untuk pulang..terpaksa la redah hujan..kalau tunggu lagi takut kemalaman la pulak nak balik...

nasib jugak la renjer sempat daratkan 3 ekor ikan haruan ni..2 ekor saiz yang agak memuaskan.. ngam-ngam satu kilo setiap sekor beratnya...rakan-rakan renjer yang lain pun masing-masingdapat seekor dan dua ekor je...takde rezeki kami la nak dapat lebih hari tu..harap-harap next trip kami nanti akan lebih berhasil..lagi pun banjir kat estate ni masih terlalu dalam..terlalu luas lagi kawasan yang masih tenggelam belum boleh kami teroka..tunggu air surut lagi sedikit baru kami akan turun bertarung lagi... :P







nota renjer :  bukannya tak boleh nak memancing dalam hujan-hujan macam tu..keselamatan tu yang penting..betul dak??



12 komen tak kire kaki pancing:

anamizu said... Reply To This Comment

perhhhh!!! renjer ni kalo turun, mesti ade punye habuan nye.. jarang sgt balik tgn kosong..hehe


*skrin laptop cik ana pecah la..
nk mintak renjer sponsor bleh?? hehe




cik ana

atiqa aris said... Reply To This Comment

mak ai 1kilo besa kott.

renjerkabloi said... Reply To This Comment

cik ana : murah rezeki kot :P


nanti kite g tengok2 kat t,malim tu kot2 ade laptop yang murah2..ade rezeki kang kita beli satu tau :P

renjerkabloi said... Reply To This Comment

atiqa aris : ikan haruan saiz macam tu dah kire besar :P sedap kalau wat sup :P

Fatin Mraz said... Reply To This Comment

oke lah tu renjer.. ada hasil juge..rezeki byk tuh utk musim ujan ni..

apapun sy setuju..yg penting keselamatan..

;)

abah khalisha said... Reply To This Comment

terpaksa angkat joran dan blah..ujan lebat haruan pun tidur

ahowk orang islam said... Reply To This Comment

bro renjer.. terbaik.. kejap pun dapt haruan.. dah 2 mggu x dan nak p mancing..musim hujan ni klu kuar jugak.. demam jwpnya..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

fatin mraz : musim2 hujan macam ni mmg kena hati2 la..badan pun naik demam dah ni :P

renjerkabloi said... Reply To This Comment

abah khalisha : ooo abah pun turun g ngail jugak ye?? kena hati2 jugak la musim2 hujan ni :P

renjerkabloi said... Reply To This Comment

ahowk : rezeki :P

renjer pun dah naik demam ni :P

madi said... Reply To This Comment

wehuuu hujan2 pun berhasil hehe.. hebat tu :)

renjerkabloi said... Reply To This Comment

madi : dapat tu sebelum hujan la..rezeki hehe :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...