LAGI HASIL TERBAIK RENJER




ASSALAMMUALAIKUM..salam maal hijrah..





Sehari selepas trip renjer lepak santai  kat jambatan nelson tempoh hari, renjer turun lagi..kali ni renjer turun bersama rakan renjer (haslam) seawal jam 8 pagi renjer sudah sampai ke lubuk sungai bernam ni..kami berpecah dan mencari lokasi masing-masing.. cuaca pagi tu agak mendung sedikit...selepas selesai  renjer melabuhkan semua joran,berumpankan sawit peram..lepak santai la dibawah pokok kelapa sawit yang berhampiran..sambil menunggu umpan joran mengena..

lebih kurang satu jam renjer menunggu masih tiada yang sudi..mungkin cuaca yang mendung pagi tu ikan masih belum aktif..lebih kurang pukul 10 pagi baru matahari mula muncul..mase tu la joran renjer mula bergegar menandakan sudah ada yang mahu mencuri umpan..




sedikit demi sedikit renjer mula menaburkan kelapa sawit yang telah dihancurkan, "teknik rasuah"..barulah kelibat ikan-ikan mula main dipermukaan air..mase tu la joran renjer mula mengena..seekor demi seekor sangkut kat kail renjer..lebih kurang jam 1.30 tiba-tiba je joran renjer di sentap hebat..belari renjer dapatkan joran tu..berdesing drag mesin shimano renjer..tak syak lagi mesti penangan si ikan patin..lame jugak renjer bertarung..setengah jam rasenye baru ikan tu mula menunjukkan tanda-tanda ia letih dan barulah renjer berjaya daratkan..

ngam-ngam je mendarat ikan patin tu,rakan renjer si awin pulak sampai..nak tumpang lubuk katanya..selesai awin labuhkan jorannya ,renjer tabur lagi sawit hancur tu..tak lama lepas tu joran renjer mengena lagi..kali ni ikan kelabau pulak.. lepas je daratkan ikan tu joran si awin pulak mengena..ikan kelabau jugak..memang rezeki dia la..baru je labuhkan joran dah mengena...




lebih kurang jam 4 petang cuaca mula gelap..lepas tu hujan mula turun..hampir 2 jam hujan..lepas je hujan berhenti kami pun berkemas untuk pulang..lumayan jugak hasil kami hari tu..cuma haslam je takde hasil..salah lokasi kot..patin yang renjer daratkan tu 6.8 kg je.. masih belum boleh potong rekod berat team renjer sungai 8.9kg milik hafiz...berat ikan kelabau pulak 2.3kg dan 1kg.. 




nota renjer :  esok-esok renjer nak serang lagi lubuk ni..banyak ikan weiii!! :P


14 komen tak kire kaki pancing:

Fatin Mraz said... Reply To This Comment

nak buat nota kaki tu kecik2 sikit..nanti ikan2 lubuk yang banyak tuh sedar..dia larikk... heheee =D

tahniah ya renjer..

salam maal hijrah~

renjerkabloi said... Reply To This Comment

fatin mraz : renjer dah kunci lubuk tu,ikan dah terkurung hihihi :P

ahowk orang islam said... Reply To This Comment

kenapa rasa gigil tangan nie.. aduh.. patut la ada sorg kawan dok utara dah xmau blk selatan... aduh 3 minggu dah x pegang joran..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

ahowk : ape tgu lagi hehe..turun la.. lame2 kang karat joran tu hihi :P

anamizu said... Reply To This Comment

wow! wow! wow! arhhhhh dah terbau kelabau bakar nih!!! huhuhuhu







cik ana

Anak Ulu Cheka said... Reply To This Comment

salam
lauk patin lagi
dengkinya :)

lieynanilaz said... Reply To This Comment

lubuk sg bernam memang lumayan...

renjer...ini yg kat jambatan tu ke??

renjerkabloi said... Reply To This Comment

cik ana : bila mau??? jom kita makan besaq lagi hehehe..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

A U C : w,salam :)

naik lemak dah hari2 makan ikan hehehe.. :P

renjerkabloi said... Reply To This Comment

lieynanilaz : lubuk yang terbaik!

lubuk ni bawah sikit dari jambatan tu..air sungai dah surut tu yang dan boleh mancing kat tebing :)

madi said... Reply To This Comment

perhh!! tu dia aihh!! meriah hasil.. gegar dah tangan aku ni hui! :)

renjerkabloi said... Reply To This Comment

madi : sabo2 hihi :P air sungai tgh cun hasil pun terbaik la :P

gagak hitam said... Reply To This Comment

wo! ni patin yg mcm kat phg tu ke? yg bleh cecah smpai 7,8 puluh hengget 1kg tu ke???? besar gila lu dpt bro! mmg ohsem la lu bro! seriyes gua jeles! kehkehkeh

renjerkabloi said... Reply To This Comment

gagak hitam : yup btol la tu..mmg mhl la patin ni..cuma kt tmpt renjer ni,ikan ni kurang popular la..x mcm kt phg tu psl kt sini org byk bela kat lmbong..yg jns lmbong tu krg sdap..sbb tu kt sini die xde hrge sgt..tp yg gua dpt ni mmg original patin sungai bkn yg lmbong punye..rasa dia perhhhh ohsem!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...