IKAN TONGSAN 9 KILO




assalammualaikum...



-ikan tongsan-
|

Besar tak ikan tongsan yang renjer pegang ni??? mau cecah 20kg rasenye..bukan senang ikan ni nak makan umpan..kalau kat kolam bayar pun susah nak buru ikan ni tambah pulak kalau dia dah berada di sungai..

renjer pun dapat tumpang bergambar jela dengan ikan ni..kan last entry renjer ade cerita 2 bijik hilux datang ke lubuk sungai bernam ni..mase balik petang dari trip dengan ajai tu..diorang punye hasil la ikan-ikan ni semua..



sehari lepas trip dengan ajai tu renjer turun la petang pulak dengan adik renjer..dengan harapan takdela dah diorang (penjaring) ni..sesampai je kat lubuk tu..dari jauh lagi renjer dah nampak bumbung khemah diorang ni..tak balik lagi rupenya..spoil mood jugak la,tapi dah alang-alang renjer sampai kat lubuk tu,memancing jugak la..lepas siap pasang khemah, pastu labuh joran semua..sampai ke malam jugak la umpan joran renjer tak diusik ikan langsung..penangan jaring la tu..

boring tunggu joran punya pasal renjer pegi la jap intai-intai geng penjaring ni..macam-macam diorang jamu renjer..siap ajak makan nasik lagi hehe...macam-macam la kami borak-borak pasal ikan kat lubuk ni..sampai jam 12 malam renjer pun balik la ke khemah renjer..adik renjer siap bedengkur dah rupanya..joran pun terpacak macam tu je..takde yang sudi dah nak makan umpan.. baik masuk khemah tidurrr!!



pukul 6 pagi tu renjer dah bangun..tarik joran semua tukar umpan..pagi tu jela pun ade ikan lampam yang sudi makan..tu pun 4 ekor je yang renjer boleh dapat..tu jela rezeki renjer..pagi tu pulak renjer tengok geng penjaring tu pun dah mula turun kutip hasil diorang..kemas-kemas barang renjer semua, sekali lagi renjer pegi kat geng penjaring ni..nak intai hasilnye pulak..

tengok sendiri la hasil diorang ni..macam-macam ikan sangkut kat jaring diorang..antaranya ikan patin,tongsan,lampam,tengalan,kaloi dan ikan kelah..besar-besar pulak tu ikan-ikannye..jeles hoi!! habis la ikan kat lubuk renjer ni..nasib la mase renjer nak balik tu penjaring tu bagi seekor ikan tongsan ni..9 kilo jugakla saiznye...jenuh jugak la renjer nak usung ikan tu bawak balik..


-ikan kelah-
|




nota renjer : rezeki diorang la tu dengan caranya macam tu..
nak marah pun renjer takde hak..sabar ajela..



18 komen tak kire kaki pancing:

pizli said... Reply To This Comment

Kalau macam tu cepatlah habis ikannya dekat situ. Hishh..

waderteam said... Reply To This Comment

ada ikan kelah.. kira port baik sngat ni..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

pizli : harap2 banjir la balik..baru ikan2 lain masuk pulak kat lubuk tu :P

renjerkabloi said... Reply To This Comment

waderteam : lubuk ni mmg terbaik bagi renjer..memang byk ikan..tapi kalau dah orang turun jaring jadi tk bes la dah nak mancing :P

Anonymous said... Reply To This Comment

kerja bodoh menjaring di lubuk memancing..sangat menyakitkan hati,rasa kalau jebat jumpa memang kena sound la.

renjerkabloi said... Reply To This Comment

biar jela..rezeki masing2..tak kisah pun..jgn diorang tuba or bom sudah :P

waderteam said... Reply To This Comment

mintak jauh banjir bang.. penat nk angkat barang bersihkan rumah segala. hahaha..
kalau ada rezekinya xkemana.. abg cuba la teknik rasuah.. masukan kelapa sawit dalam karung.. ikat dgn tali dan baling.. x cuba mncing baung ker bang?

renjerkabloi said... Reply To This Comment

waderteam : kat tempat renjer ni jauh jugak sungai,bile banjir kat sungai je pun :P

memang abang sesalu rasuah sawit pun..baru ikan stay kat lubuk tu :P

Qu azniza ;) said... Reply To This Comment

.banjir. harap xlaaaaaa

renjerkabloi said... Reply To This Comment

qu azniza : harap2 jgn la kan..takut tggelam lagi rumah2 yg berdekatan dengan sungai :)

tempat renjer je susah nak banjir..name pun gunung besout :P

anamizu said... Reply To This Comment

perhhhhh!! ini BAPAK ke ATOK ikan nih renjer???? memang habehla ikan2 kat situ...hayuuttttttt =P






cik ana

renjerkabloi said... Reply To This Comment

cik ana : abah die ni :P


kena tgu banjir la baru pulih balik lubuk ni :P

Asmoham said... Reply To This Comment

besar tu abg renjer... kat new zealand ni pon susah nak dpt ikan saiz2 tuh.. tunggu musim salmon tu pon dah makin kecik..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

asmoham : saiz yang macam ni mau dah puluh tahun umur die..

asal ikan ni dari tasek kat slim river tu,ikan ni di lepas mase ade pertandingan memancing..lepas tu tasek tu tenggelam mase banjir dulu..ikan2 tu la yang masuk ke sungai bernam ni..

waderteam said... Reply To This Comment

yang meriah dia ada kelah tu.. hahaha.. lokasi jauh ke masuk ke dalam?

renjerkabloi said... Reply To This Comment

waderteam : kalau naik moto sekejap je,lbh kurang stgah jam je dari tempat renjer..kalau naik kereta jauh la sikit..

madi said... Reply To This Comment

besar2 ikan tu! kalau dah di jaring habis la dah ikan :)

renjerkabloi said... Reply To This Comment

madi : habis tu xmgkin la..tapi berkurangan la.. nasib la diorang ni jarang2 pun turun kat lubuk ni :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...