LUAHAN RENJER..



asalammualaikum..




Renjer, seorang insan yang kurang upaya..mmg takde ape2 kelulusan.. sekolah pun takat darjah 6.. tu pun takdan nak amek upsr.. nasib la  renjer masih pandai menulis.. renjer kenal dunia IT ni pun bila wujudnya  Pusat Jalur Lebar kat felda renjer..kat tempat ni lah renjer belajar semua pasal alam cyber ni termasuklah cara nak buat blog.. bila dah mula dapat rentak berblog pulak, bukan untuk dibangga2kan.. jauh sekali la nak jadi femes macam blogger2 lain tu..sekadar berkongsi cerita dan berkongsi ilmu.. bukan semuanya renjer tau pun..dan bukannye cerita renjer semuanya akan tepat..

bukan senang nak tulis sesuatu entry.. jenuh susun ayat.. bukan senang nak bagi orang puas dengan ape yang kita buat.. kadang2 tak tau macam mane nak tulis..bila badan penat lagi la, ape pun tak boleh buat.. lagi pulak bukan kerja renjer sepenuh masa berblog ni.. sama macam orang lain.. renjer pun ade cita2..ade harapan..banyak lagi benda yang perlu difikirkan..

ini  special renjer tujukan untuk jintan manis ----> "terima kasih atas teguran anda.."entry ni pun renjer tulis selepas terpandang  MESEJ di shoutmix tu daripada jintan manis.. renjer pon nak tau jugak apa yang sampai jintan manis ni kata blog renjersungai ni terlalu BERAHSIA?? entry2 sebelum ni pon, kalau ada yang bertanya tentang umpan ke, tips memancing ke, selagi mampu, renjer akan cuba kongsikan mana yang renjer tahu.. mana yang renjer tak tahu, cmne plak renjer nak kongsikan.. iye dak??  janganla jadi silent reader saja.. takkanlah nak semua di sumbat depan hidong.. banyakkanlah selongkar blog renjer barula dapat  tahu  mana RAHSIA mana tak rahsianye kat  blog renjer ni.. kalau iye pon jintan manis nak bertanya, tinggalkan la komen berbunyi pertanyaan.. kalau lu kasi hantam saja, manala gua tahu apa yang lu mau.. macam sebelum2 ni, ramai je yang BERTANYA pasal ilmu pancing.. insyallah renjer akan cerita or jawab.. itu pun setakat yang renjer tahu lah.. takde istilah KEDEKUT ilmu pon.. pada yang folow kisah renjer sejak dulu, korang lebih tahu style renjer berkongsi cerita cmne.. macam kawan-kawan blogger yang selalu singgah, ramai je yang bertanye macam-macam.. tak pernah lagi renjer tak jawab..  

first time buat blog lagi teruk..post gambar tulis name ikan..tu je yang renjer reti..sekarang ni pun tunggang langgang lagi entry renjer..mintak maaf sangat2 la kalau renjer ni menyukarkan korang.. renjer tak pernah jatuhkan hukum bunuh pon kalau tak mai jenguk blog renjer ni.. dan renjer tak pernah mintak pon dibandingkan dengan mana-mana blogger.. gua sedar gua sapa.. seriyes HATI gua terluka..



baca dari yang paling bawah






nota renjer : renjer ni ibarat budak darjah 5 buat karangan je.. kalau salah tolong tunjukkan..apela yang nak di rasiakan..




39 komen tak kire kaki pancing:

anamizu said... Reply To This Comment

banyakkan bersabar ye renjer.. maybe itu worang manyak jeles sama u itu pasal dia jadi itu macam =P




cik ana

Fatin Mraz said... Reply To This Comment

hi nampaknya fm terlepas n3 yg jintan manis komen tuh.. entri yg mana ye renjer?

maklum la..fm dah bbrp hari x o9 sbb bz tolong majlis perkahwinan kakak fm..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

cik ana : entah la..kadang2 jadi takde mod nak berblog ni.. banyak benda lagi yang nak di selesaikan..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

fatin mraz : tu die msj kat shoutmix je :)


kita pun boleh faham kan,tetiba je orang selalu sggh blog kita tiba2 menghilang..bila kita selalu follow apa yg ada kt blog die..mesti kita boleh agak die sibuk..btul dak ? :P

Admin Fisherman ( pemancing moden ) said... Reply To This Comment

Sabar je bro, kita tak dapat nak puaskan hati orang, sedangkan orang macam ini terlalu 'Bongkak' dengan analisis sendiri hasil orang lain, kita nak cari kawan tapi bila dah ada sifat hasad tu, ada je lar rasa tak puas hati, melaga-lagakan orang sampai peribadi pun nak sentuh,kepada saudara yang beri pendapat sebelum semak semula blog renjer ni, fikir lar balik, sebelum bercakap mengenai perbezaan antara blog lain, mcm ni la, pergi buat blog anda sendiri, bagi kami maklumat yang ada dalam blog renjer ni sudah mamadai dan dapat menghubungkan silaturrahim, kalau renjer ni kedekut sangat, anda nampak tak no HP beliau terpampang? pi cari blog lain ade ke? saya sebagai admin untuk page memancing pun ambil sumber dari blog ni, so dimana yang boleh dikatakan renjer ni berahsia? kalau anda kaki pancing, sweden made nak compare china made base on quality sekarang ni pun tak boleh dibezakan, dedua original! maksud saya, blog..sesiapa pun boleh buat blog, cantik ke tak cantik ke, yang dapat membezakan blog tu adalah input dalam penulisan, ada pengisian. kepada saudara yang cakap banyak tu, boleh ke saya tengok blog awak yang hebat tu? ( hebat sampai boleh hentam blog orang lain ). bagi saya blog renjer ni dah ok, saya guna line slow pun blog dia boleh load dgn cepat, berbanding setengah blog yang agak goblok, bersepah dengan iklan menyebabkan lags. Tahniah renjer, sebab dapat orang jeles macam tu, dia jeles tu tanda dia dengki, sebab dia takde blog macam ni..yahoooo....

faridah nazurah said... Reply To This Comment

sabarlah bro.. bukan semua hati orang kita boleh puaskan. buat apa yg termampu je

Fatin Mraz said... Reply To This Comment

.. owh shout mix..
betul.. bz ckit..

pizli said... Reply To This Comment

Sabar. Macam saya yang suka tengok gambar dan seronok tengok ikan yang best2 ditangkap ramai kat blog ni, pedulikan je minoriti yang macam tu. :D

anamizu said... Reply To This Comment

betol3..cik ana sokong sgt admin fisherman punye feedback tu.. tak payahla nak hentam org sana sini kan?wahai jintan manis, ko nak komen & compare blog renjer dgn blog lain, itu hak ko..pd aku, ko sorang je yg rase renjer ni berahsia..pd kami yg selalu selongkar blog renjer ni, takde pulak kami rasa dia berahsia.. mcm admin fisherman ckp, renjer siap tempek no fon lagi tu... itu pon lagi mau kata BERAHSIA ka?? pepatah pon ada ckp "kalau tak dipecahkan ruyung,mana nak dapat sagu"..allah dah bagi akal, kena rajinla selongkar apa yg patut bro.. takkan semua nak kena suap masuk molot kot..peace yawwwww!
renjer : pedulikkan ape org nk ckp.. yg penting renjer mmg rockkk!! =)



cik ana

yazz said... Reply To This Comment

salam..bro renjer minggu lepas saya dapat ikan kelabau mancing kat sg perak...tak besar la, 1kg lebih skit je. Pakai umpan sawit peram style bro renjer. mintak halal ilmu yer.

abah khalisha said... Reply To This Comment

itulah abah pun pernah gk ckp kongsikan segala ilmu mengenai memancing, jenis umpan dan mcm-mcm lagi..tk mustahil satu hari nanti blog ni akan dijadikan rujukan kaki pancing yang br nk mula..good luck ranjer..sedap btl aku bg komen.hehehhe

renjerkabloi said... Reply To This Comment

admin fisherman : TQ bro..ko punye komen menyebabkan aku terasa dihargai wlupon aku takde ilmu setinggi jintan manis tu..sedaya upaya aku try cari kat mana yg dia kata aku berahsia tu tp aku tak jumpa..bila aku baca ko punya komen, semangat yg hilang tetiba dtg balik..TQ bro..aku respect kwn2 blogger mcm ko! terima kasih singgah & drop komen membina utk org2 yg sedikit down mcm aku..TQ sekali lagi bro!

renjerkabloi said... Reply To This Comment

faridah nazurah: mmg setakat ni renjer buat setakat yg termampu je..TQ faridah :)

renjerkabloi said... Reply To This Comment

fatin miraz: aah kat shtmix je die drop kutukan tuh =P

renjerkabloi said... Reply To This Comment

pizli : TQ pizli..kawan2 yg bagi kata2 semangat mcm ko la yg mmbuatkan aku terus nak berblog :)

renjerkabloi said... Reply To This Comment

anamizu : TQ cik ana..renjer respect korang2 semua yg sudi bg kata2 smngt utk renjer..mmg terasa down gila bila ada yg ckp camtu..mklumla, renjer tahu renjer ni sape.. tp TQ utk korang2 yg sllu support renjer! korang mmg terbaek!! :)

renjerkabloi said... Reply To This Comment

abah khalisha: yesss..abah lah antara kwn2 blogger yg sllu bertanya.. dan seingat renjer, tak pernah lg pertanyaan tu renjer x jwb..kecuali lah ada mslh internet ke..itu lain cite lah.. TQ abah khalisha sbb sllu singgah melawat renjer!

renjerkabloi said... Reply To This Comment

yazz : wahhhh ko dpt kelabau?? tahniah bro! alhamdulillah sedikit sebanyak info2 yg renjer kongsikan dpt kan ko aplikasikan..dan bleh dpt hasil pulak tu.. itu slh 1 bukti yg blog renjer ni takdela RAHSIA mana pon..iye dak yazz??? TQ sbb singgah sini yazz.. kelabau terbaekk bro!!

panglima jebat said... Reply To This Comment

As salam...wahhh hebatnya bunyi "jintan manis"..lu bising2 ade lu n ak kongsi ilmu berblogger ke dgn dia? setakat hari ini blog renjer adalah terbaik pada pandangan jebat..dari hari kehari sentiasa ada perubahan..teringat masa mula2 renjer buka blog nie..jebat antara orang yang menyokong serta beri semangt dan tips untuk dia majukan blog nie..sekarang nie die sendiri yg rajin mengorek ilmu,dia rajin mencari bahan..jgn suka suka menyakitkan hati renjer..hati dia terluka umpama hati jebat jugak terasa..teringat masa renjer masih kecik dulu,sesiapa yang mengata atau hina dia,memang jebat akan pukul..dah berapa org kena penampar dgn jebat.."jintan MAnis"..lu kena sedar diri..jgn di bandingkan dgn renjer..tak semua org mampu seperti dia dgn keadaan dia sebegitu..dgn sebelah tangan dia mampu buat seperti orang lain mampu buat..tak menyusahkan sesiapa..jebat kenal die sejak kecil,nampak sikap serta perubahan yg ketara..lama dia membina diri,untuk menerima keadaan diri dan di terima org lain..dgn blog renjer sungai,kami semua nampak kegembiraan dia untuk berkongsi rezeki yg dia dapat..kalau nak ilmu,ikut dia turun sungai..takde rahsia pun..blog renjer,antara blog yg paling mendapat sambutan serta jadi bualan hangat bagi rakan2 jebat yg kaki pancing,selalu blognya di kongsi dgn ramai orang..lu ada? bila buka fb,selalu tertunggu tunggu entry terbaru dari renjer..blog die selalu beri dorongan kepada pemancing lain..for renjer : teruskan usaha,teruskan berblogger..jgn cepat down,jgn tersinggung dgn orang yg hanya tau komen tapi tak tau nak berkongsi ilmu..pada kami semua blog renjer adalah terbaik terutama hasil ,serta gambar2 ikan dia yg membuatkan kami juga turut gembira seolah olah kami yg dapat ikan jugak...god bless ur my brother..teruskan dgn entry2 yg lebih hebat selepas ini..sekian.

ahowk orang islam said... Reply To This Comment

teringin benar nak melihat blog jintan manis tu(ada ke?)... rasanya kebnyakan kaki pancing buat blog ni untuk kongsi apa yang ada.. tp sesetegah bnda mmg kena rasiakan..untuk kebaikan..
buat blog ni suka2 n cari kawan. kongsi ilmu. tgk tmpat lain mcmna. kekadang bila xdapat turun memancing dapt tgk blog kawan2 pun dah ok..
xpa la bang renjer.. kita ambik yang ++++ je..
P/s: rezeki tuhan yang bagi, pokok pangkang usaha, doa dan tawakal..

Anonymous said... Reply To This Comment

aku seorang yg berpelajaran tinggi dan sangat terkejut seorang anak peneroka yg hanya sekolah rendah sahaja mampu membina blog yg menjadi begitu membanggakan. setiap mlm pasti aku akan membuka blog renjer utk melihat entry terbaru..saya ucapkan TQ kpd renjer kerana mengisi waktu boring saya dengan menyediakan tatapan kepada kaki pancing seperti saya...jgn marah jintan manis kerana dia mungkin seorang budak2 lagi atau belum matang..

xteam said... Reply To This Comment

hahaha.. gelakkan ja renjer budak ni.. baru darjah 3 tu xpun tingkatan 1.. budak lagi..
gi mancing ar renjer... wat entry terbaru.. hehe..

p/s: rahsia kena rahsia ar.. x rahsia ar kalau bgtau org.. rahsia ka?? kerat jari budak ni pun ada rahsia jugak.. meh la kongsi rahsia.. kongsi la.. siapa dia ar??? RAHSIA!!!

Anak Ulu Cheka said... Reply To This Comment

huh panas
sabo ranjer, adatlah nilah dunia blogger
bagi aku blog ni best cite tentang pengalaman kaki pancing.
hal2 cam biasa je jgn ambik hal.
renjer teruskan perjuangan

renjerkabloi said... Reply To This Comment

panglima jebat: TQ jebat..terharu membaca komen jebat.. semangat yg hilang terasa datang kembali..terima kaseh

renjerkabloi said... Reply To This Comment

renjer sokong jugak apa kata ahowk tu..buat blog ni bkn nk cari musuh.. niat nak cari kawan & kongsi pengalaman je.. kalau jintan manis rasa blog renjer ni tak cukup manfaat, tak perlulah dtg lagi.. renjer pon takde bagi hukum paksaan wajib kena dtg sini..yg penting, kita usaha & tawakal je mcm ahowk ckp..hehe

renjerkabloi said... Reply To This Comment

saya tak marahkan sesiapa.. terima kasih pd saudara krn sudi menjamu mata melawat blog renjer ni.. MARAH takde guna pon.. cuma kdg kala ada sedikit TERGURIS hati jugalah bila ada spesis manusia yg tak reti nak berbudi bahasa kan.. apa pun, terima kaseh krn semangat & dorongan dr saudara..hehe

renjerkabloi said... Reply To This Comment

tu la xteam.. nak p mancing pon xde mood nih.. kalo tak, dah tentu2 ada entry baru..hehe..betol3! tak RAHSIA arr kalo dah bagi taw semua org kan? kalo dpt jintan manis ni nti kita buat dia jadi LAUK! hahaha

renjerkabloi said... Reply To This Comment

TQ AUC..ni guwa tgh motivate diri la nih nak buat tak taw je.. ada yg nk jd LAUK tu nampak gaya..hahahaha

badaq said... Reply To This Comment

bior jer ler yope! bukannyer luak pun..idak rugi aper pun...bukannyer ada paedah nyer pun..mulut orang (hahah dia taip bukan cakap)bukan boleh ditutup..hati orang bukan boleh dijaga..pikiran orang bukan boleh dibaca....layan pancing jer yope...kasik tenang skit jiwa kacau tu...patin.patin..patin..fatin..ehhhh silap ler pulawau

renjerkabloi said... Reply To This Comment

badaq : betul tu..

tak sempat pun nk turun memancing lagi, renjer bz skit 2,3 hari ni..ade pelawat dari luar negara dtg melawat felda renjer..kena la setle ape yg patut :P

madi said... Reply To This Comment

abaikan je renjer..kami lagi kenal renjer orang yg macam mane..

dapat ikan kite makan besar..kalau orang lain mau ke nak mkn2 macam kite..renjer tak pernah kedekut ilmu..dari kami taktau ape2 sampai la kami dapat sentuhan sendiri :) tq renjer!

renjerkabloi said... Reply To This Comment

madi : hehe ko pun dah hebat sekarang..sifu pun dah tunduk kihkihkih :P

bile nak turun lagi?? haruan byk sekarang :P

Abe Din said... Reply To This Comment

Slam Renjer jangan dengar cakap die.. dia datang rumah kita, nak komen lebih2..tak hormat tuan rumah langsung. Teruskan share pengalaman dgan mamber kat luar tu... moga Allah akan balas niat suci Renjer.

renjerkabloi said... Reply To This Comment

abe din : btul tu abe din :) peduli kan die..

Aimaria said... Reply To This Comment

Ok lah 2,sy pn x pnah pancing.ukan klabau,patin n ikan yg special2 yg renjer dpt. Renjer bg tunjuk ajar lah.hehe. Share2 ilmu kt kitorang.hehe

Ahmad Suazzri said... Reply To This Comment

Hahaha relaxla Renjer, gua yg ada master pelik2 ni pun, kerja yg agak bagus ni pun, yg kira ada pangkat ni pun rasa rendah diri bila baca blog Renjer. Ya, kelulusan sy cuma atas kertas tp renjer lulus dgn cemerlang kerana pengalaman sebenar renjer yg tak ternilai ni. wpun gua tak reti memancing, tp gua boleh faham apa yg blog renjer ni sampaikan. Lu jgn risau renjer, yg sokong lu lagi banyak dari yg kutuk lu. teruskan berkarya, klu xnak buat utk org lain, buatlah utk kepuasan diri renjer sendiri. Gud luck Ford Renjer!! (hehe gua dah lama nak usik renjer dgn panggilan ni).

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Aimaria w,salam...

renjer akan sentiasa berkongsi segala ilmu yg ada..rajin2 la kita bertukar-tukar pendapat nanti :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Ahmad Suazzri w,salam...
waw! ford ranjer hehe..idaman tu :)

terima kasih atas sokongan dan semangat yg diberikan :)

ezulham said... Reply To This Comment

Terima kasih atas ilmu yg dikongsi bersama selama ini. Seronok mengikuti blog tuan hamba :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...