HASIL TERBARU LAGI




ASSALAMMUALAIKUM






Meredah lubuk baru sungai bernam..dengan harapan akan ada hasil yang terbaik!!misi renjer kali ni bersama hafiz turun agak lewat petang.. plan renjer mula-mula nak ke lubuk yang biasa tetapi sesampai je kat lubuk tu, ramai orang rupanya..mungkin diorang turun lebih awal pagi..terpaksalah tukar plan pergi lokasi lubuk renjer yang kedua.. arhh!!ada orang jugak.. ramai pulak orang kali ni.. 

terpaksalah lagi redah lubuk yang baru..dah la turun lewat merata pulak tu cari lokasi yang sesuai..nasib la ada jugak jumpak lubuk baru ni..cuma jauh sikit la kena meredah.. moto tak boleh nak sampai ke tebing sungai..




oleh kerana renjer dan hafiz berkongsi lubuk yang sama, tak boleh la kami nak atur banyak joran.. lubuk ni agak sempit sedikit..tebing pulak dipenuhi rumput tebal..dah lewat punya pasal labuhkan jugak la joran..hasilnya agak mengejutkan jugak la..besar-besar ikan lampam yang kami daratkan..cuma masa je tak mengizinkan kami untuk tunggu lebih lama kat lubuk ni..

lebih kurang pukul 6.40 petang kami pun berkemas pulang..tak ada ikan yang spesel kami dapat kali ni..cuma ikan lampam je..tapi renjer yakin lubuk yang baru ni pasti ada ikan yang lebih best! cuma perlu kerap turun je kat kawasan lubuk ni..






nota renjer : next trip pasti renjer akan turun ke lubuk ni lagi.. kalau dah ikan lampam pun dapat yang besar-besar ,pasti ada ikan lain yang lebih besar...


JEMPUT MAKAN SEMUA



ASSALAMMUALAIKUM





Seperti yang dijanjikan sebelum ni team renjer akan mengumpul hasil sungai masing-masing untuk dijadikan juadah makan malam beramai-ramai..alhamdulilah  masing-masing berpuas hati dengan juadah yang dihidangkan... terbaik dari kedai wan tomyam ni..

ikan patin 3 rasa +  ikan kelabau + ikan haruan sup dan jugak cendawan busut goreng kunyit..kenyang wehh!! habis makan borak-borak pulak pasal lubuk yang diterjah dan lokasi baru..berkongsi pengalaman..plan pulak trip yang seterusnya...misi kami seterusnya mungkin akan kesungai bernam tu lagi dalam masa yang terdekat ni...






nota renjer :  alhamdulilah rezeki kami selalu dimurahkan :) 
begini lah kehidupan kami anak felda :P




LAGI HASIL TERBAIK RENJER




ASSALAMMUALAIKUM..salam maal hijrah..





Sehari selepas trip renjer lepak santai  kat jambatan nelson tempoh hari, renjer turun lagi..kali ni renjer turun bersama rakan renjer (haslam) seawal jam 8 pagi renjer sudah sampai ke lubuk sungai bernam ni..kami berpecah dan mencari lokasi masing-masing.. cuaca pagi tu agak mendung sedikit...selepas selesai  renjer melabuhkan semua joran,berumpankan sawit peram..lepak santai la dibawah pokok kelapa sawit yang berhampiran..sambil menunggu umpan joran mengena..

lebih kurang satu jam renjer menunggu masih tiada yang sudi..mungkin cuaca yang mendung pagi tu ikan masih belum aktif..lebih kurang pukul 10 pagi baru matahari mula muncul..mase tu la joran renjer mula bergegar menandakan sudah ada yang mahu mencuri umpan..




sedikit demi sedikit renjer mula menaburkan kelapa sawit yang telah dihancurkan, "teknik rasuah"..barulah kelibat ikan-ikan mula main dipermukaan air..mase tu la joran renjer mula mengena..seekor demi seekor sangkut kat kail renjer..lebih kurang jam 1.30 tiba-tiba je joran renjer di sentap hebat..belari renjer dapatkan joran tu..berdesing drag mesin shimano renjer..tak syak lagi mesti penangan si ikan patin..lame jugak renjer bertarung..setengah jam rasenye baru ikan tu mula menunjukkan tanda-tanda ia letih dan barulah renjer berjaya daratkan..

ngam-ngam je mendarat ikan patin tu,rakan renjer si awin pulak sampai..nak tumpang lubuk katanya..selesai awin labuhkan jorannya ,renjer tabur lagi sawit hancur tu..tak lama lepas tu joran renjer mengena lagi..kali ni ikan kelabau pulak.. lepas je daratkan ikan tu joran si awin pulak mengena..ikan kelabau jugak..memang rezeki dia la..baru je labuhkan joran dah mengena...




lebih kurang jam 4 petang cuaca mula gelap..lepas tu hujan mula turun..hampir 2 jam hujan..lepas je hujan berhenti kami pun berkemas untuk pulang..lumayan jugak hasil kami hari tu..cuma haslam je takde hasil..salah lokasi kot..patin yang renjer daratkan tu 6.8 kg je.. masih belum boleh potong rekod berat team renjer sungai 8.9kg milik hafiz...berat ikan kelabau pulak 2.3kg dan 1kg.. 




nota renjer :  esok-esok renjer nak serang lagi lubuk ni..banyak ikan weiii!! :P


LEPAK SANTAI ATAS JAMBATAN SUNGAI BERNAM



ASSALAMMUALAIKUM...



-jambatan nelson-
|


Ni semua atas permintaan hakim al-ikhsan... kami nekad jugak untuk turun memancing..biar pun air sungai bernam ni masih lagi belum surut,tebing sungai masih lagi tenggelam..tinggal 1 lokasi je lah yang boleh kami memancing pun.. atas jambatan nelson sungai bernam ni..

biarpun sudah turun trip kali yang ke 8 rasanya si hakim ni untuk memburu ikan kelabau..kesungguhan beliau ingin merasakan sendiri tarikan ikan kelabau ni,akhirnya berjaya jugak jorannya mengena spesis yang di idamkannya...cayalah bro..tahniah! dah dapat lesen besar dah tu hehe... 





rakan renjer (awin) yang datang agak lewat sedikit pun berjaya jugak daratkan seekor ikan kelabau ni..termasuk yang renjer dapat, 3 ekor la kesemuanya ikan kelabau yang berjaya kami daratkan..selebihnya ikan-ikan lampam.. 

dengan menggunakan umpan kelapa sawit peram dan teknik hanyut umpan,kali ni kami lebih berjaya memikat selera ikan-ikan kat kawasan jambatan ni..




|


walaupun cuaca hari tu kurang baik tapi kami cukup berpuas hati dengan hasil yang kami perolehi..lebih kurang pukul 4 petang ,kami pun berkemas untuk pulang..bagi peluang ajai dan member-member dia yang baru sampai..sambung pulak memancing kat jambatan tu..malam tu renjer jumpa ajai,dia cakap dapat daratkan 2 ekor ikan patin..perhh!! lagi terbaik hasil diorang..


mungkin dalam masa 2,3 hari lagi nanti air sungai bernam ni akan surut sepenuhnya..mase tu nanti renjer akan lebih bersedia untuk trip yang seterusnya hehe...sape-sape yang nak join renjer tu cepat-cepat la halo kang :)





nota renjer : next entry nanti ade hasil yang lebih menarik..ikan patin pulak :P


CENDAWAN BUSUT




ASSALAMMUALAIKUM...




-CENDAWAN-
|


Rezeki terpijak kata orang..renjer balik dari memancing tempoh hari terjumpa cendawan busut ni..lama dah cendawan ni tak tumbuh..musim-musim hujan ni ade la dia muncul..tapi tak banyak pun..sempat jugak renjer pusing-pusing kot-kot ade lagi dekat kawasan kebun sawit tu.. 

pusing punya pusing jumpe jugak la sikit-sikit lagi..tak banyak agaknya tumbuh kat kawasan ni..jadi la dapat dalam 2,3kilo je..lepas la renjer nak wat makan sendiri je..kalau dulu-dulu sekali dia tumbuh banyak..siap renjer boleh jadi toke la,bawak pegi jual kat KL..hui lumayan hasilnya..kira bonus tahunan renjer la hehe...tahun ni tak mau pulak dia tumbuh banyak..urmm takde la bonus renjer untuk tahun ni  :(




balik tu renjer terus kupas cendawan ni..wat tumis..perhh rasa dia!!! hehe...yang selebihnya renjer save untuk makan besar dengan teamrenjer nanti..kami dah plan untuk makan malam sabtu nanti..masing-masing cari hasil sungai untuk jadi juadah malam tu kang..renjer pun dah sedia 2 ekor ikan kelabau..dapat petang semalam..turun intai-intai kat sungai bernam semalam..air sungai masih dalam lagi.. port renjer  dekat atas jambatan je..tu pun berhasil...





nota renjer : nantikan next entry, lepak santai atas jambatan sungai bernam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...