INFO KENALI SPESIS IKAN AIR TAWAR..





assalamualaikum....


IKAN HARUAN BUJUK..


Ikan Bujuk adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN, termasuk di Malaysia. Nama saintifiknya Channa lucius

Ikan Bujuk tergolong dalam spesies kepala ular. Tubuhnya mempunyai bentuk corak badan yang menarik. Ikan Bujuk mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan Ph airnya rendah,dan ikan ini juga tidak banyak bergerak,ia sentiasa mnunggu mangsanya yang berlegar-legar hampir denganya untuk dijadikan makanan..sama seperti ikan Haruan Palas. Diet utamanya adalah rumpai air, lumut, anak-anak ikan dan juga udang, katak, cengkerik, cacing dan lain2..


IKAN BAUNG..


Ikan Baung atau nama saintifiknya Mystus spp. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia...

Ikan baung terdapat dalam sungai termasuk sungai Kalimantan Tengah dan ukurannya mampu mencapai 20 kg. Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini biasanya adalah mengunakan anak ikan cacing tanah yang besar atau usus ayam dan umpan peram yg byk terdapat di kedai-kedai pancing.. Menurut penduduk setempat ikan baung sekitar 60-an ke bawah memancing ikan ini dengan sabun..pelik tu!! hehe..

IKAN PUYU..


Ikan Puyu (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak, Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka hijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam.

Spesies ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap&lepas' bagi yang bersaiz kecil).

Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang gangguan makhluk halus. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu.




nota renjer : next time kite tengok pulak spesis ikan lain.hihi

info nie berguna kot untuk korang???

8 komen tak kire kaki pancing:

chentaNUYU said... Reply To This Comment

saya suke ikan keli masak sambal..aci tak?? hehe

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

chentanuyu: renjer pun suke hehe..

anamizu said... Reply To This Comment

ala keli masak sambal!!! sedapnye!!
keli panggang pun sedapppp! hihi~~

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

anamizu: tunggu renjer dapat hasil lg kite bakar hehe...:)

CGojes said... Reply To This Comment

Amboi... Jual ker makan sume2 nih?? Banyak tuh...

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

yana mus: makan pun makan jual pun jual hehe..:)

Unknown said... Reply To This Comment

salam.biz ternakan udang kara (lobster) air tawar http://redclawlobster.blogspot.com utk info

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

shahdan :w,salam.. tq sudi singgah :) nanti renjer terjah balik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...