HASIL TERBAIK LAGI




ASSALAMMUALAIKUM






Estate shoon sheng kawasan tanah gambut berpaya sekarang adalah menjadi lokasi terbaik renjer dan rakan-rakan lain memburu ikan haruan..minggu ni saje berturut-turut renjer turun ke estate ni..berpuluh kilo dah ikan haruan yang renjer kumpul..last semalam peraih datang ambik hampir 100kg kesemuanya..lepas la renjer nak tukar mesin pancing baru hehehe...



banjir dekat estate ni mungkin bertahan dalam minggu ni je..air dah semakin surut..kalau air dah betul-betul surut susah la sikit nak dapat banyak memancing ikan haruan ni..ikan-ikan semua dah masuk ke kawasan yang penuh rumput-rumput tebal..semakin sukar la nak memburunya..

tapi kalau dah tegar macam renjer ni bukan kire dah hehe..surut je banjir nanti serang ke sungai pulak..mane tahu banjir kali ni banyak bawak ikan-ikan baru kat lubuk renjer kat sungai bernam tu..lame jugak dah tak dapat makan ikan patin sungai bernam tu hehe..harap-harap lepas banjir ni trip renjer ke lubuk sungai bernam tu lebih menarik..




kalau untuk trip ikan haruan ni, renjer rase cepat la halo-halo renjer pade sape yang nak join tu..banjir dekat estate ni dalam setahun 2 kali je..kalau nak merasa tarikan ikan haruan tu ha jangan la tunggu-tunggu hehe..insyaalah lubuk dekat estate ni takkan mengecewakan..

kalau yang masih baru untuk memancing ikan haruan ni pun boleh datang..renjer akan ajar semua teknik nak memancing ikan haruan ni..syarat utamanya jangan geli nak pegang katak je hehe..







nota renjer :  bagi yang minat teknik casting jom kita serang lubuk dekat estate ni...


21 komen tak kire kaki pancing:

pizli.mw said... Reply To This Comment

100kg?? Gile kome ni... Hahhahahahaha..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

pizli : ha btul la..nape xcaye?? hehe..

madi said... Reply To This Comment

punya banyak dapat! best la gambar port ni..berduit la renjer hehe :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

madi : ko nak join cepat ar blk kg..

duit ikan ni lepas la nak tukar shimano baru hehehe.. :P

badaq said... Reply To This Comment

Mak oooiiii! Meriahnya....lama tak singgah sesekali menyinggah punya ler meriah ..ikan ruan...

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

badaq : ha ape lagi jom la join renjer hehe :P ikan ruan tengah banyak ni..

anamizu said... Reply To This Comment

perhhhh 100KG????? kayo pakcik kayo! =P








cik ana

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

cik ana : tak nak oder ke hehe..ikan haruan tgah banyak ni :P ke geli nak makan huhu :P

is balun said... Reply To This Comment

renjer esok aku datang ambik ikan haruan tu..5kg tau..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

is balun : ok..tapi malam la tau..esok renjer mancing dulu pagi..mungkin lewat petang baru balik..

is balun said... Reply To This Comment

bereh boss!

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

is balun : ok orait! hehe :P

madi said... Reply To This Comment

masyukk!! :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

berbaloii!! hehe :P

Unknown said... Reply To This Comment

rezeki banjir ni renjer

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

abah khalisha : bile banjir ni la rezeki renjer :)

pegi mancing ruan je sampai nk update blog pun dah xlarat hehe :P

Ridz Ones said... Reply To This Comment

kat mana lokasi estate ni? Teringin jugak nak join,,,

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

ridz ones : estate ni kira daerah teluk intan punya..tapi nak masuk kawasan ni kena guna moto je, gate banyak..

Ridz Ones said... Reply To This Comment

kalau naik 4x4, bole x? jauh nak datang ni. Dari k.l, naik moto dari sini maun patah pinggang....hehehehehe

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

ridz ones : kalau nak dtg tu boleh je..tapi jgn ramai la..naik kete ke felda renjer,lpas tu naik moto renjer kite ke port mancing tu..:P

Unknown said... Reply To This Comment

http://bit.ly/JnZsQ5

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...