IKAN KELI SUNGAI MAHAL???




ASSALAMMUALAIKUM



Ikan keli liar?? ikan keli sungai, ikan keli parit, ikan keli bendang, atau ikan keli paya.. 

1) adakah ikan keli liar ini berbeza dari keli yang diternak?? 
2) kenapa ikan keli liar ini lebih mahal harganya berbanding ikan keli yang diternak?? 
3) bagaimana cara nak memburu ikan keli yang liar ini ??

dari segi bentuk atau rupa, ikan keli liar dan keli yang diternak ni tidaklah begitu ketara bentuknya..cuma corak  warna badan ikan keli ni je kadang-kadang berbeza mengikut kawasan yang didiaminya..satu lagi perbezaan ikan keli ni ialah sengatnya..jika ikan keli liar sengatnya lah yang menjadi senjata utamanya untuk mempertahankan diri..selain ketajaman sengatnya ia pula sangat berbisa..memang perlu berhati-hati dengan sengat ikan keli liar ni..tidak seperti ikan keli yang diternak, sengatnya yang tidak berbisa serta lembut dan tumpul..





dari segi harga,memang patut la ikan keli liar ini agak mahal sedikit dari ikan keli yang diternak..kerana ikan keli liar ini sukar diburu..dan hanya aktif pada waktu malam atau ketika air kawasan yang didiaminya menjadi keruh..dari segi rasa, isinya sudah tentulah ikan keli liar ini lebih sedap berbanding ikan keli yang diternak..  (renjer pun tak mampu nak gambarkan sesedap mane rase isinye,tapi isinye memang terbaikk!! lahh hehe.. )

oleh kerana ikan ini hanya aktif pada waktu malam dan ketika air keruh hujan je..agak sukar sedikit la untuk memburu dan mengesan kawasannya..biarpun ia tidak memilih umpan..bagi renjer cara yang paling mudah untuk menangkap ikan keli liar ini dengan cara menjaring atau menahan tajur berumpankan cacing di waktu malam..( kalau nak memancing,boleh cuba la pada waktu malam)




Nota renjer : berbaloi harganya kerana sukar menjeratnya.. permintaan tinggi tetapi ikan ni sukar diburu..


25 komen tak kire kaki pancing:

AisNy said... Reply To This Comment

teman dengar ikan keli ternak nie ada orang yang bagi makan najis... tu la sebabnya ikan keli yang di ternak tu besar-besar... dan warnanya hitam gelap...

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Izni Hafiz Abdul Rashid mungkin jugak tu..renjer pun ade dengar2 macam tu.. usus haiwan jdi mkanan ikan2 tu..sebap tu ikan2 keli tu gemuk2..

anamizu said... Reply To This Comment

euwww~ mmg patutla keli sungai atau keli liar ni mahal.




cik ana

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@anamizu kaito ha dah tahu ye. nti renjer blnje cik ana mkn ikan keli sungai hehe :P

yazz said... Reply To This Comment

pernah dengar tak keli limbat...badan dia 2 kali ganda panjang dari keli biasa.

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@yazz ye..keli limbat pun susah dah nak jumpe sekarang ni..kalau dulu,paya2 blkang umah renjer ni pun banyak.. :)

Unknown said... Reply To This Comment

Tips mancing keli paya,biarpun paya paras air cetek..pasti ada keli..mancing ketika hujan ataupun betol2 selepas hujan ketika paras air naik dan keruh..jgn mancing kat air laju..pengalaman kecik2 dulu

Unknown said... Reply To This Comment

Tips mancing keli paya,biarpun paya paras air cetek..pasti ada keli..mancing ketika hujan ataupun betol2 selepas hujan ketika paras air naik dan keruh..jgn mancing kat air laju..pengalaman kecik2 dulu

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@lipan naga betul tu :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@lipan naga klu dah hujan tk kira time dah..ikan keli ni mmg aktif :)

Unknown said... Reply To This Comment

Renjer Ade tips mancing keli sungai yg jenis besar x,tempat saya ni ada satu selekoh lubuk,kelinya besar2 main air..pelbagai umpan dah guna,kebetulan aritu member terdapat guna umpan anak tebuan,size ikan dlm 3 4 kg

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@lipan naga w,salam..dah cuba guna umpan perut ayam?? kat sg mane tu??

mubarak said... Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
Unknown said... Reply To This Comment

salam..saya menjual ikan keli limbat..segar..dan ditangkap dari sungai atau paya..bukan jenis ternakan kolam..harga rm 9.50 sekilo boleh nego..saiz 4-5 ekor sekilo..penghantaran disediakan mengikut lokasi..saya di kemaman..
hubungi saya 0145150398 sudin

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@kerang bakar waw! menarik :)

hismayuddin said... Reply To This Comment

Umpan selain cacing apa lagi utk ikan keli ya?

Unknown said... Reply To This Comment

Hati ayam

Unknown said... Reply To This Comment

Hati ayam

Unknown said... Reply To This Comment

Keli bendang nk beli.... Pm 0192574911

JO3BIZ said... Reply To This Comment

guna bubu nk taruk umpan apa dlm bubu

Unknown said... Reply To This Comment

wahh..bru semlm.mancing keli limbat...umpan terbaik yg sya guna adalah cacing + belacan bakar( belacan bakar ditumbuk lumat2 )

Unknown said... Reply To This Comment

Renjer...kalau ada ikan limbat,xkira saiz apa pun.Sy nak,kalau btol ada sy snggup beli...Sila pm sy di 012-9393921

Unknown said... Reply To This Comment

Ikan limbat saya nak beli tel. 0122113417 hamzah

Unknown said... Reply To This Comment

saya dari kota tinggi johor menjual ikan keli limbat liar RM20/KG boleh call 0196752923

Unknown said... Reply To This Comment

Saya baru tangkap ikan Keli limbat ni dalam Lumpur dalam bilik air. Tersesat masa lepas banjir. Cantik bintik2 dia tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...