OH LUBUK SUNGAI BERNAM



ASSALAMMUALAIKUM






Sungai Bernam! sungai syurga untuk kaki-kaki pancing..banyak lubuk-lubuk terbaik bagi renjer kat sungai bernam ni..penuh dengan spesis-spesis ikan yang berkualiti..seperti ikan patin ikan, kelabau ikan, ikan tongsan, ikan tengalan, lampam dan sebagainya..dan banyak  record spesis ikan  terberat adalah dapat didaratkan dari lubuk-lubuk sungai bernam ni..tapi mungkinkah ianya hanya akan tinggal kenangan???

hari minggu yang lepas renjer terpanggil untuk turun menjenguk ke lubuk sungai bernam ni..atas permintaan rakan renjer yang sudah lama tidak ke sungai termasuklah renjer..kebetulan pulak stok ikan haruan yang renjer jual sudah habis..




agak mengejutkan jugak bagi renjer sesudah tiba di lubuk sungai bernam ni..lubuk ni semakin menjadi hutan..mana pergi kaki-kaki pancing?? kenapa sudah tidak ada kaki pancing yang ingin mencuba nasib di lubuk yang terbaik bagi renjer ni?? ikan dah habis ke?? ke lubuk ni dah di racun atau di bom?? huh! sungguh menjadi tanda tanya..

jawapan yang renjer boleh katakan adalah mungkin ikan di lubuk ni sudah turun ke hulu atau sungai yang di sebelah bawah..jika satu-satu lubuk sudah jadi laluan bot/sampan memang ikan-ikan tidak lagi bebas bermain dikawasan itu..mungkin la ikan sudah ke sungai yang sebelah bawah,sungai disana je yang masih lagi berhutan dan kurang kaki pancing untuk kesana kerana kawasan di sebelah bawah yang kerap banjir..

sebabnya??ikan mungkin turun ke sungai sebelah bawah..lihat gambar di atas tu..penuh dengan sampan..dari mana datangnya?? renjer pun kurang pasti siapa pemiliknya..yang renjer pasti 2,3 sampan ni untuk di sewa..untuk kaki mancing udang..selebihnya untuk apa??


|
(ni je hasil yang sudi meragut umpan sawit peram renjer)


adakah sampan ini untuk aktiviti memancing atau menjaring?? menahan bubu?? atau melabuhkan pukat candit?? yang paling renjer pasti lagi memang sudah ada pukat candit di lubuk sungai bernam ni..lumayan ke guna pukat candit ni?? hoi habaq hang!! paling lumayan kalau diorang tabur ubat pedihkan mata udang.. semua hanyut masuk ke dalam pukat tu.. ape effectnye nanti?? kaki pancing balik tangan kosong la jawabnye..tu yang lubuk ni dah naik hutan..wallahualam..sekadar pendapat renjer je la...



nota renjer : boleh jumpe lagi ke dengan ikan kelabau di masa akan datang..harap-harap ade la spesis ni turun ke sungai sebelah bawah  :(


8 komen tak kire kaki pancing:

rosslan said... Reply To This Comment

lubuk kedai astro ni kan!!??? huh! hancur laa.............

Anonymous said... Reply To This Comment

laporkan ke jabatan perikanan

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@rosslan betul tu..mmg bakal hancur nk nmpaknye..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous boleh buat macam tu ke???

lieynanilaz said... Reply To This Comment

makin kuranglah orang nak p ke lubuk tuh!!..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@lieynanilazmmg dah kurang pun..sebab tu tmpat tu dah naik hutan :)

madi said... Reply To This Comment

lama xjenguk kat sini...apa cerita lubuk kita ni renjer?? haiyoo!

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@madi renjer ingat ko dah xingat kat blog ni hehe.. lubuk kite tu tgl kenangan jela..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...