ASSALAMMUALAIKUM
Mungkin ramai lagi kaki pancing yang masih lagi keliru tentang buah kelapa sawit yang perlu atau yang sesuai untuk dijadikan umpan...terutama kaki pancing yang masih lagi baru dalam dunia mengail ni..dan mungkin masih ramai lagi kaki pancing yang ingin mengetahui bagaimanakah ingin mengenal buah kelapa sawit yang paling baik untuk dijadikan umpan..
dari pengalaman yang renjer ade, boleh la sikit-sikit nak share bagaimana ingin memilih buah kelapa sawit yang paling sesuai untuk dijadikan umpan..
kenapa buah kelapa sawit perlu dipilih terlebih dahulu????
mungkin ada yang masih lagi tidak tahu sebenarnya buah kelapa sawit ni ada bermacam jenis..maksud renjer ada banyak kelainan jenis buah,saiz biji relai sawit dan ketebalan isi buahnya..dan juga bagaimana ingin memilih buah yang betul-betul masak..
biji relai sawit ni memang saiz ada yang kecil dan besar.. jika saiz biji relai yang besar tidak semestinya sesuai untuk dijadikan umpan kerana isinya belum pasti tebal..potonglah sedikit untuk memastikan ketebalan isinya..(dalam satu tandan sawit, jika satu biji relai yang dipotong isinya tebal, maka setandan tu lah isinya tebal)
buah sawit yang yang betul-betul masak adalah buah relai yang sudah lekang dari tandannya..dan juga warna isinya yang kuning "keORENan" ..jika dipotong ia lembut berlemak..sawit yang betul-betul masak macam gambar diatas ni yang paling sesuai untuk dijadikan umpan..terpulang jika sawit seperti ini nak digunakan dengan cara potong halus(potong dadu) atau diperam terlebih dahulu..
buah kelapa sawit ni sesuai digunakan di mana-mana sungai kecuali di sungai muara laut..atau sungai air payau..dan boleh dikatakan semua jenis ikan sungai menggemari buah kelapa sawit ni kecuali spesis ikan yang menyambar..
nota renjer : berkongsi sedikit sebanyak pengalaman renjer mengunakan buah kelapa sawit untuk dijadikan umpan....
16 komen tak kire kaki pancing:
sawit.. dulu selalu p kebun tolong abah kutip biji relai sawit nih..hehe
cik ana.
Selain buat umpan pncing,biji relai sawit blh jgk buat umpan bubu atau tembila..kalau ikan sungai ni memang makan sawit ni.
@anamizu kaito : a,ah renjer pun mase kcik tolong abah kutip relai sawit..pastu dpt upah hehe... :P
@Snakehead : a,ah btul tu..kalau buah sawit ni dah tentu2 kaki2 pangcing tau sawit ni boleh dijadikan umpan :)
buah sawit ni pun boleh gune ke nak mancing ikan kelabau???
kena peram dulu ke atau potong2 renjer???
@bidin : ni la umpan terbaik untuk ikan kelabau :
@bidin : peram pun ok nak potong2 pun ok..jnji sawit yg masak ranum macam kat gambar tu..
good info renjer..!!
assalamualaikum
saya ade buat umpan peram ikut step by step renjer ajar. Siap cangkuk ikut dalam youtube lagi. Tapi still bangau. Saya try di batang berjuntai.
@Maxx Peacock kita kongsi ilmu bersama-sama hehe... :P
@Bangau Melintas w,salam..oh bangau..nama pun bangau hehe :P (gurau)
mungkin faktor air sungai kot kurang cantik..xpun lokasi xkena..xpe banyak kali la cuba guna umpan tu..nti msti berkesan :P
Renjer sungai tunjukkan cara peram buah sawit
Umpan sawit ni sesuai x gune pelampung
Sawit ni blh tak bikin umpan ikan patin ??
buah sawit ni bolwh juga pakai mancing di laut..selalu ikan target yang makan sawit ni ikan paus dan ikan jerung..ikan lain tak makan sawit ni..
Post a Comment