LUBUK IKAN KELABAU JADI LUBUK IKAN KALOI




ASSALAMMUALAIKUM



Meredah hutan belukar mencari lubuk tebaik adalah rutin bagi kami bila turun trip memancing setelah air sungai bernam ni mula semakin surut..lubuk-lubuk yang sudah lama kami tidak jejakkan kaki kini kami kembali menerjahnya..berbekalkan umpan terbaik renjer(sawit peram) dengan niat ingin memburu si ikan kelabau..

tapi kini  lubuk ini sudah dihuni spesis ikan lain dan banyak kelihatan kelibat si ikan kaloi..mungkinkah disebabkan ikan kaloi ini tidak berharga dan jarang diburu menyebabkan ikan ini semakin banyak membiak di sungai bernam ni..




biarpun ikan kaloi ini tidak berharga bagi kami,namun setiap kaki pancing mesti mahu merasa sendiri tarikan hebat dari ikan yang dipancing..betul dak??? bagi renjer, tarikan ikan kaloi ni dikira ikan yang agak hebat setelah ia lekat dikail..alang-alang tali pancing memang takkan dapat mendaratkan ikan kaloi ni..tambahan pulak ikan kaloi yang besar bersaiz 2 ke 3kg keatas beratnya..makanan kegemaran ikan kaloi ni seperti buah-buahan hutan,pucuk-pucuk daunan pinggir sungai termasuklah buah kelapa sawit..

bagi yang minat dengan ikan kaloi ni sudah tentu memburunya untuk dibela atau dijadikan ikan hiasan akuarium,kerana ikan ini mudah dijinakkan..dan juga  ikan kaloi ini mudah mengenali tuannya...tapi bila dapat  kat geng-geng team renjer ikan kaloi ni..pun boleh jadi lauk hehehe, pekena kari pekat ikan kaloi habaq hang! :P APTB..





nota renjer :  biarpun hanya ikan kaloi, bagi renjer asalkan ia ikan sungai yang bersih,renjer tetap menghargai rasa isinya..


24 komen tak kire kaki pancing:

Maxx Peacock said... Reply To This Comment

Besar2 ikan kaloi...best betul..bila la dapat memancing dengan renjer ni.. ;-)

Unknown said... Reply To This Comment

pergh...banyak lagi..kat port selalu kaloi pun takut nak timbul dah..haha..

anamizu said... Reply To This Comment

"....ni dia si ikan kaloi...." haha
puasa dah nak dekat ni Renjer..
takleh la nak mkn besar siang hari =P







cik ana.

Unknown said... Reply To This Comment

tahniah renjer...GP x pernah layan kaloi...sekali sekala balik malaysia sibuk memanjang.....apapun happy fishing...jenguk jenguk le blog GP sekali sekala...boleh kongsi cerita menghubung silaturrahim....

panglima jebat said... Reply To This Comment

as salam renjer..ya betuiii..penangan ikan kaloi memang hebat ;)..aku baru je balik sg perak pada 30hb jun..merasa tarikan kaloi berat 1.9kg..berdesing drag,,habis dia rayau merata..berjaya daratkan untuk kali ketiga dlm trip ke sungai perak..ikan nie buat masak gulai tempoyak mlm tu..perghhh..sedap oooo.

Snakehead said... Reply To This Comment

Kaloi tu buat bela ok jgk.mintak sekoq.

zack said... Reply To This Comment

xsangka ikan ikan kaloi ni mkn buah sawit..terbaik lah renjer!

lola.. said... Reply To This Comment

Kenape ikan kaloi tu calour merah je renjer?? Besarnye!

Snakehead said... Reply To This Comment

Renjer,skg musim kemarau kt kuantan ni..jom join kitorang mengaran ikan.parit2 dlm ladang sawit dh byk kering.

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Maxx Peacock : bila2?? jom la join renjer memancing hehe :P

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Bro Aim : ikan tu dah pupus kot hehe :P

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@anamizu kaito : xpe..puase nti kita buat la juadah berbuka,ikan best2 nti renjer kasi :P mcm tahun lps tu :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Geng Pancing : owah! tak duduk malaysia ye.. rajin2 la ssgh kat blog renjer ni..boleh kongsi2 ilmu hehe :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@panglima jebat : nti kita plan trip memancing ke sg perak pulak..

jgn lupa pengalaman dilanda ribut kat sg bernam subuh hari tu hahaha :P

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Snakehead : xde yg hidup pun..semua dah jdi lauk hehe :P

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@zack : buah sawit tu kira kegemaran ikan kaloi la..sebab tu kalau ikan tu ade je kat lubuk tu, dia dulu la yg curi umpan hehe :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@lola.. : ikan kalai ni calour die berubah ikut air kawasan yg die duduk.. sbab tu kadang2 calour ikan kaloi ni lain2 :P

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Snakehead same la kt tmpat renjer ni, tapi kami menggagau je, karan2 ni xminat la hehe.. :P

Snakehead said... Reply To This Comment

Mengaran ni best renjer,guna yg bateri motor transformer 110volt..haruan duk dlm lumpur pn blh melompat kuar..haha..tapi kita xshot..

Hafizi Hilmi said... Reply To This Comment

Ikan kaloi ni best bila bela dalam akuarium,sebelum ni ada bela 2 ekor kaloi indonesia yang kaler putih tu,berat tiap sekor dah sekilo,bela dari kecik,tapi dah mati sebulan lepas kena white spot,tapi kalau bab memancing,tak pernah lagi dapat kaloi,hehe :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Snakehead : best tu mmg la best,tapi byk efect kat lubuk tu nti..dulu renjer dah puas buat benda2 mcm tu..tu yg boleh bg ikan pupus hahaha.........

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Hafizi Hilmi ikan kaloi ni mmg byk jenis calour die..bela pun xsusah..air pun xpyh tukar selalu...

mohd norazam said... Reply To This Comment

perghh kaloi mantap. saya pon baru je balik ke malaysia. setakat ni gi mancing udang galah je (dok kelantan) xde lagila terserempak dgn kaloi kat sungai kelantan ni. mane ntah hilang.

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@mohd norazam klu kat tempat renjer ikan kaloi ni byk betul..selalu ganggu umpan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...