IKAN PATIN SG BERNAM LAGI


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;) 






Balik je dari anugerah transformasi komuniti di damansara hari tu trus renjer plan trip memancing..walaupun badan agak letih,tapi renjer tetap nak jenguk jugak ke sungai..stat dari hari khamis tu renjer dah mula turun intai lubuk..pagi tu renjer dan hakim al-ikhsan bersiap untuk turun..hakim gerak sendiri dari tanjung malim..renjer gerak dulu tunggu kat lokasi lubuk sungai bernam je..tapi hari yang kami turun tu air masih lagi banjir..kami lepak kat jambatan nelson je..air memang dah ok tapi mungkin takde rezeki kami hari tu..ikan yang besar dah sangkut kat kail tapi mase nak daratkan boleh lucut pulak...

esoknya renjer plan lagi satu trip..oleh kerana hari tu jumaat kami gerak dari petang..kali ni renjer turun bertiga..terus bertapak kat lubuk..air pun dah surut tapi kawasan tu becak la sikit..malam tu memang sunyi je tanpa hasil..air sungai dah ok,tapi mungkin dasar sungai masih lagi banyak sampah..lepak-lepak sembang jela..lebih kurang pukul satu pagi kami masuk khemah tido je..




lebih kurang pukul 7 pagi kami mula atur joran balik..kali ni hasil agak ok la..ikan lampam start dah mau makan..tapi saiz ikan je kurang memuaskan..tangkap dan lepas jela..ikan yang saiz yang agak besar sikit je kami ambik..untuk buat lauk tengah hari..lebih kurang pukul 9 pagi satu lagi plak group pancing datang (team ara damansara) geng blogger..(aim hasan) diorang memang dah helo renjer sebelum nak datang..cuma renjer janji tunggu kat lubuk je..tak lama lepas tu satu lagi group pancing abang-abang renjer datang dari kl..berkampung la kami ramai-ramai kat lubuk tu...

siap je diorang atur joran..kami pun duduk la lepak sembang-sembang..sambil kongsi-kongsi pengalaman..tak lama lepas tu kami dikejutkan dengan bunyi drag joran renjer..apa lagi bergegas la renjer..dari mula renjer tengok lentok joran tu memang dapat agak dah mesti penangan si ikan patin..layan punya layan memang iya la si ikan patin..tapi kali ni berat ikan patin tu  7.2kg je..




masuk je ke petang hanya ikan-ikan lampam dan ikan terberas je yang kami daratkan..dah takde ikan yang special..tunggu ikan kelabau pun tak muncul-muncul..mungkin kumpulan ikan kelabau belum bertapak kat lubuk tu..ingat nak sambung lagi satu malam kat lubuk tu..tapi group aim hasan pulak ada hal..diorang terpaksa balik..renjer pun buat keputusan balik jugak..mungkin kalau cuaca ok je renjer akan plan trip lain dalam masa 2,3 hari ni....



Nota renjer : kalau cuaca ok je..mungkin renjer akan aturkan lebih banyak trip untuk minggu ni..


12 komen tak kire kaki pancing:

Bob Merley said... Reply To This Comment

sedapnye ikan patin!!! insyaAllah tahun depan nak try mancing jugak lah.

matakail said... Reply To This Comment

Yahoo. Ada gambar I. Rasa gian membuak2 ni. Minggu ni musti turun lagi!

Unknown said... Reply To This Comment

Memang puas hati renjer..besar tu!wat masak tempoyak..pehhhh

Lepas Gian Dengan Handphone!

badaq said... Reply To This Comment

Salam renjer...lama gak tak masuk bizi bebenor...mak aiihhh makin meriah....

Anonymous said... Reply To This Comment

salam ranjer...ptg tdi ptme kli sy trun kt sg bernam dgn kwn...smpi je kt jmbtn ptme slps kmpg 2 dh xthu nk pg mncing kt port mne coz air lju je....nk cri port mklumlh bru first tme dtg bmbg jgk nk msuk jauh2...huhuhu..tgk port ranjer best sngt2..kt mne 2 rnjer?

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Bob Merley : tahun depan?? jgn lupa ajak renjer join sekali hehe :P

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@matakail : kalau cuaca ok..kita bermalam lagi kat lubuk tu :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@abah khalisha : ikan tu nti untuk buat makan2 dengan geng2 team p1..raikan kejayaan dapat award hari tu :) renjer sponser ikan :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@badaq : woihhh..lama menghilang ni :P tq sudi sggh lagi :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous : w,salam..area sungai tu jugak la port renjer..korang turun tu mase air besar lagi kot? tu yg air sg tu laju je.. port renjer belah bwh lagi..kat ban pecah tu :)

memerangsungai said... Reply To This Comment

..hingga kini,berapa kilo rekod ikan patin terberat abg saiful daratkan di sg bernam?

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

owahh! setakat ni 14.1kg je...tu kira yang last terbesar la tu :) hehe....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...