INTAI LUBUK IKAN BELIDA


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Desas desus kabar angin yang sampai..member ni dapat ikan belida member tu dapat ikan belida..ada yang dapat saiz 7 kilo ada yang 5 kilo la..ada yang dapat 3,4 ekor sekali turun..hoi!! tak tahan der...perlu ada ruang masa untuk terjah lubuk ni..

plan punya plan jadi la kami turun..itu pun dah masuk ke tengah hari baru kami ke port yang renjer pilih...maklum la..dah ada bisnes ni jadi terhad masa nak ke sungai..hehe..tapi bila dah gian mancing tu datang terpaksa la ejas masa jugak..




kami turun tu tak la semata-mata nak cari ikan belida je..sawit peram tetap kami pertarukan jugak..sementara memancing udang galah untuk dijadikan umpan untuk ikan belida tu dan la labuh joran dulu guna umpan sawit ni..guna umpan sawit memang ada sambutan la..balingan pertama dah ada yang sapu..tapi tu la nasib..ikan kaloi je yang berminat..dah tu pulak bila curi umpan manjang berdesup tarik masuk ke reba kayu...kena buli kami hehe..

seekor je pun ikan kaloi yang tak bernasib baik..seekor lagi ikan kelabau...nak mancing ikan belida umpan plak belum ada lagi..lama  jugak nak cari udang galah nak buat umpan..ikan belida kat lubuk tu boleh tahan la banyak main..dah dekat petang baru ada udang yang kami dapat..entah kemana la udang kat lubuk tu..banyak ikan jenis menyambar kot..tu yang udang dah kurang kat port tu..kot la kan..




memang tepat la jangkaan kami..umpan isi udang yang kami labuh tak lama mana dah mengena..pantang campak je..berdesup ikan dah bedal umpan..tapi ikan toman pulak dah yang berminat..kena buli lagi kami haha...duk putus perambut je.. dah lewat petang sikit baru la renjer dapat jugak daratkan seekor ikan belida..tu pun saiz hampir 3 kilo je..nak kata susah nak dapat ikan belida tu tak la..cuma umpan nak mancing dia tu je jadi masalah sikit..

lain kali pulak la nanti renjer plan trip memancing lain..nak kena ejas trip bermalam kot baru best sikit...rasa tak puas je dapat kejap ke sungai ni :P




Nota renjer : lubuk dah di kesan..ini kali pasti perrrlll!!..bunyi si belida melambung hehe.. :P


21 komen tak kire kaki pancing:

Anonymous said... Reply To This Comment

guna udang galah ompanya??? hui terbaikk!!

Sollehudin Sapari said... Reply To This Comment

wah..mantap la tu..

Anonymous said... Reply To This Comment

assalamualaikum bro renjer..sori kalau saya tanya ni salah tempat..saya nak tau ada tak renjer @ kawan-kawan renjer yang ada buat minyak sawit peram / proses sendiri?

Anonymous said... Reply To This Comment

Salam..yo bro..terkelik bab kelabau bg mereka yg tinggal dr kuala slim hingga skc bg yg tk kenal harus hukum gantung sampai mati...begitu juga teman yg membesar d tepi sg bernam..sentuh bab kelabau..satu spesis ikan yg pasti d rindu kaki pancing yg memancing d sg bernam.. ikan ni boleh d katakan hibrid lampan dan kaloi..kalau d amati..rasanya yg menjilat jari kaki..pergh!! tiada tandingan juara ikan bakar atau masak lomak cili api..tapi akhir-akhir ni kelibat kelabau semakin susah d dapati d sekitar lubuk-lubuk kuala slim.. kerana aktiviti ala rambo yg memusnah lubuk.. ikan kelabau dan spesis lain lari tk tau kemana.. hingga akhir mac otai-otai tegar dr kuala slim menggantung pancing..hampir semua lubuk d terjah besi-besi bom..buatan..hingga ke lubuk petempatan org asli changkat bintang..dr berita yg d terima hampir 40 ekor spesis kelah menjadi korban..dan berpuluh kilo spesis lain..segala-gala nya kerana tindakan rakus segelintir yg tk tahu menghargai sumber alam yg tidak ternilai.. bila teman tgk port ikan dlm blog ni..doa teman biar lah tkde kaki lanun sg smpai..kerana temanpun skarang ni kalau cuti balik kg pasti terjah bawah s.k.c je..dan mungkin smpai lubuk-lubuk lain d bwh tu..arios dan bravo..legasi pecinta sg..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous yeahh itulah ompannya hehe :P

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Sollehudin Sapari anda bila lagi hehe.. jom balik kg kita p terjah lubuk :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous w,salam.. minyak sawit peram??? xde pulak buat minyak..setakat ni peram sawit buat umpan je :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous w,salam... betul tu..berita rakusnya nelayan ala rambo tu dah lama renjer dengar..kenapa harus begitu..teknik killer yang di pertengahkan..apakah satu hari nanti ikan legend dari lubuk2 sg bernam akan hanya tinggalkan kenangan..sangat2 sedih :(

perlu kena ada tindakan klu berterusan berlaku macam ni :)

Anonymous said... Reply To This Comment

salam...

air sungai dah ok ke?? kat sungai bernam.

halim

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous w,salam..hujan lagi setiap petang..air sg makin tinggi..kawasan rendah semua sudah banjir :)

Cik mery said... Reply To This Comment

Kt sg bernam area mana?

Cik mery said... Reply To This Comment

Kt sg bernam area mana?

Unknown said... Reply To This Comment

Udang galah umpan belida..tq info.

Unknown said... Reply To This Comment

Udang galah umpan belida..tq info.

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Aimaria kt gmbar2 ni area estate ulu basir..skang ni pun musim belida,tpi umpan ssh sikit nk cari :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Syaiful Edhar selamat mencuba :)

memerangsungai said... Reply To This Comment

..si belida ni satu..buat aku teringin sgt ke sg bernam ni...

Unknown said... Reply To This Comment

Pergh..besnye renjer dapat layan ikan besar2..sy pun teringin jugak nak layan ikan besar2 ni tapi sungai kat tempat sy memang susah nak cari..mcm mane ye renjer kita nak kenal lubuk belida ni?kot2 ada petua..hehe =)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Pancing sgnerek biasanya ikan belida ni main kt kawasan air mati,hampir2 dengan kawasan berarus... lgi satu,ikan belida ni kerap timbul kt permukaan air..lps timbul biasanya dia akan kluarkan 2ktul buih besar :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@izani hamid klu kt sg bernam ni ikan belida ni bermusim..tgu musim kemarau..ikan2 ni dh mula berkumpul setempat..masa ni plg sesuai klu nk pncing :)

Unknown said... Reply To This Comment

Besar sungguh ikan ni Myrodreel, Perkongsian Cara Memancing Yang Cekap, Betul dan Efektif di Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...