ASSALAMMUALAIKUM and HI all
*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog,
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)
Rimbun pohon di tepi sungai..siapa sangka buahnya adalah umpan...pokok jejawi atau pokok ara jejawi biasanya hidup meliar di tepi-tepi sungai.. tinggi, rendang dan lebat dedaunnya... buahnya kecil, jika masak berwarna ungu dan mempunyai biji halus.. namun ingin melihat buahnya agak sukar kerana pokok jejawi ini berbuah hanya beberapa tahun sekali... tetapi jika pokok jejawi ini mula berbuah rata-rata keseluruhan pokok-pokok ini akan berbuah..
buahnya menjadi rebutan unggas terutamanya burung-burung.. cukup riuh burung-burung jika kawasan pokok-pokok jejawi ini mula berbuah.. jika pokok jejawi ini berbuah dan rapat di tepi sungai maka ikan juga mula berkumpul di bawahnya menunggu sisa-sisa buah yang jatuh.. ikan paling gemar buah jejawi ini ialah ikan lampam..
renjer sendiri pun belum pernah pratikkan umpan buah ara jejawi ni tapi memang renjer pernah la tengok ikan-ikan menyambar berebut buah jejawi yang jatuh.. mase tu kat sungai ulu basir mase banjir.. dengar bunyi riuh je burung-burung berebut buah ara jejawi yang masak.. paling banyak burung enggang tu.. rasa seronok jugak mase tengok gelagat burung-burung tu berebut-rebut.. sedap sangat kot buah tu.. mungkin macam buah bluberry hehe...
mase tu jugak la renjer sempat tengok ikan-ikan mula menyambar kat kawasan bawah pokok jejawi tu.. ape lagi renjer pun labuh umpan la.. tapi renjer guna umpan sawit peram la.. memang best la mase tu.. kejap je joran bergegar... lepas ikan lampam, ikan lampam lagi yang sangkut...uisshh!! mungkin mase tu ikan banyak berkumpul bawah pokok tu kot... tak kira la ape umpan bagi mase tu die sebat je...
yang terbaru ni..renjer ade la hal sikit baru-baru ni ke teluk intan selesaikan sedikit urusan.. masa nak balik tu dan la singgah sekejap kat taman yang dekat dengan sungai tu.. cuaca memang panas hari tu.. dapat lepak bawah pokok tepi sungai tu memang best arr.. terpandang la sorang pakcik tu..tengah duk setting rod nak memancing..katenye banyak betul ikan duk sambar-sambar kat tepi-tepi tebing tu,renjer pun duk perhati jugak.. besar-besar nampak kelibat ikan-ikan tu.. owhhhh!! baru renjer terperasan.. patut la.. buah jejawi rupanya yang ikan-ikan tu sambar..terus renjer settingkan joran untuk pakcik tu.. kutip buah jejawi tu buat umpan.. peralatan pancing pakcik tu pulak tak lengkap.. buat jela mana yang dan hehe... tu pun dekat 10ekor ikan lampam pakcik tu dapat.. siap putus perambut lagi bila kena lampam yang besar sambar umpan buah tu. .uishh! best tu hehehe... rase rugi je renjer tak bawak joran sendiri...
buahnya boleh dijadikan umpan?? bagaimana??? jom praktikkan bersama..hihi..
setakat ni ape yang renjer tengok ikan lampam ni suka buah ara jejawi ni yang jatuh kat permukaan air sungai je.. tak pasti la pulak kalau buah jejawi ni boleh buat umpan untuk main dasar... kita boleh cuba kan.. manala tau kan. .biasanya ikan besar-besar memang main area dasar sungai je... tapi kalau guna teknik casting pun terbaik rasenye.. main free je.. trus direct mata kail kat tali mesin.. guna tali pancing yang halus sikit sebab nak buat balingan umpan biar boleh jauh sikit.. lagi pun buah jejawi tu kecik je, kang kalau tali pancing kasar tak boleh buat balingan pulak... mata kail pun kalau boleh guna yang kecik je.. tak pun guna saiz mata yang agak-agak besar saiz buah tu ke.. kita cuba sama-sama ok.. jom terjah pohon ara jejawi...
minggu ni kalau sempat renjer akan ke sungai teluk intan tu. .kot-kot buah ara jejawi tu ade lagi la. .boleh la testing-testing hehe.. tapi sawit peram mesti renjer kena bawak jugak.. nak tengok mana satu umpan yang lebih jadi pilihan ikan :)
p/s : kot2 la ade kaki pancing yang memang dah tahu rasia guna umpam buah jejawi ni..
jom la share-share sikit...
6 komen tak kire kaki pancing:
Ara jejawi x sme ngan ara bse ek?
@mohamad_s beza buah ni..ara biasa tu mcm buah kelempung tu..bau wangi2 sikit :)
betul tu, buah ara sungai (jejawi) umpan terbaik untuk pancing ikan lampam gedang, itu satu rahsia yg telah saya amalkan sejak 20 puluh tahun dulu, cuma satu jer masalah sbb buah ikut musim,x selalu ada, selalunya kena berebut dgn burung & kelawar utk dpt buah yg berkualiti sbb ikan ni memilih sikit bila nak makan, cara pancing pun ada sikit lain, ikan xkan makan kalau ada nmpak itu mata kail kat buah tu, jd kena pandai2 cucuk la buah tu bg nmpak mcm tangkai buah. sy dh pancing dr sg pahang, sg jelai, sg setiu, sg mersing, sg perak, kuala kangsar, sg muda skg kat sg2 di kedah je, lampam besag2 woo... cikgu det
@Admin boleh cuba nanti kat sg bernam tu..blum pn pernah guna :)
BUAH ARA JEJAWI MEMANG MUJARAB UNTUK MEMBURU IKAN LAMPAM BERSAIZ MEGA.
TAPI BUAHNYA BERMUSIM.
SO,SINI SAYA BAGI TIPS UMPAN DEDAK UNTUK IKAN LAMPAM YANG BIASA I GUNA,
MEMANG MUJARAB.BOLEH LAKU DI SEKITAR SUNGAI-SUNGAI MALAYSIA.
1.DEDAK IKAN/DEDAK AYAM YANG HALUS
2.ROTI GARDENEAR-5 KEPING(BLENDER)
3.BUAH PELAGA 1/2 SUDU
4.KETUMBAR 1/2 SUDU.
5.KUNYIT BASAH(DITUMBUK)
6.ESSENCE TRAWBERRY
7.AJINAMOTO
CARA BANCUH
SANGAI BUAH PELAGA DAN KETUMBAR.
TUMBUK HALUS 2 BARANG TU.
CAMPUR DENGAN DEDAK HALUS,ROTI GARDENEAR(YANG BLENDER),KUNYIT BASAH(YANG DITUMBUK HALUS),AJINAMOTO(1 SUDU).
CAMPUR DAN ADUNKAN SEHINGGA DEDAK AGAK-AGAK BOLEH MELEKAT KAT MATA.LAST SKALI CAMPURKAN ESSANCE STRAWBERY DL 2 SUDU.
BIARKAN SEMALAM.
ESOK TU BLH LA CUBA GUNA DI SUNGAI.
X HABIS PAKAI BUNGKUS DEDAK TU N MASUKKAN DALAM PETI AIS.
2,3 BULAN LAGI BLH GUNA JIKA SIMPAN DALAM PETI AIS.
BAU DIA TAKAN MENGHILANG.
LEPAS BALING UMPAN DALAM 5 MINIT KLAU LAMPAM TAK MENYAMBAR,BERMAKNA LUBUK TU TIADA IKAN LAMPAM.TUKAR JE PORT.BIASANYA 5 MINIT JE IKAN AKAN SAMBAR.
Terima kasih cikgu
Post a Comment