IKAN BELIDA SG BERNAM



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Ikan belida Sg Bernam --- sebut je pasal ikan belida ni pasti ramai kaki pancing yang tertarik dan teringin memancingnya..tertanya-tanya apakah umpan terbaik untuk ikan belida ni ? ok renjer akan terangkan sedikit cara-cara memancing ikan belida ni.. Tapi, ha ada tapi : itu pun mengikut pengalaman renjer selama memancing ikan belida kat sg bernam ni lah ye.. hehe

pengalaman dari Sg Bernam --- 

1) betul ke ikan belida banyak kat sungai bernam?? 

ya..memang banyak tapi bagi renjer nak memancing ikan ni dikira bermusim.. maksudnya?? mungkin ramai yang masih tidak faham... kenapa ikan belida banyak bermain di sesuatu tempat(lubuk) tapi bila dipancing ia tidak mahu memakan umpan.. haaaa sebab itulah renjer kata ianya bermusim..ikan belida ni bila kerap bermain di permukaan air, kebarangkalian menandakan ia sudah kenyang.. ia lebih mudah dipancing ketika musim kemarau.. dimana ikan-ikan ini mula berkumpul di kawasan air sungai yang masih dalam.. ketika satu-satu lubuk semakin banyak ikan-ikan belida ini berkumpul, waktu tu lah ia mula mudah untuk di pancing..ketika ini makanannya di satu-satu lubuk mula berkurangan..tambahan pulak ikan-ikan ini berkongsi makanan dari ikan jenis ikan menyambar yang lain seperti ikan toman,baung,ikan sebarau dan jenis-jenis ikan yang lain..




2) apakah umpan yang terbaik memancing ikan belida??? 

bagi renjer, memancing ikan belida ni lebih mudah bila musim kemarau..ia tidak akan memilih umpan..bagi renjer jugak, menggunakan anak ikan kecil sudah menjadi pilihan..seperti ikan sepat,anak ikan seluang atau jenis-jenis ikan kecil yang lain..tapi paling baik jika menggunakan anak udang  galah lah.. namun cara menggunakan umpan haruslah betul.. 

jika menggunakan umpan hidup --- jangan gunakan batu pancing, perambut atau kail yang kasar kerana ia akan menyebabkan umpan mudah mati.. 

set pancing juga di ambil kira.. jangan menggunakan tali pancing yang terlalu kasar dan rod pancing yang terlalu keras..

ikan belida mempunyai mulut yang keras dan sukar untuk mata kail menusuk di rahangnya kecuali sedikit dihujung bibirnya yang agak lembut..ikan belida ni mempunyai gigi halus yang tajam dan mudah memutuskan perambut jika sudah menelan umpan.. untuk mengelak dari perambut putus jika ikan belida ni sudah menelan umpan --- jangan terlalu menggasak,ini mungkin menyebabkan tali menjadi tegang dan mudah putus.. sebaiknya ikut saja rentak ikan ini..ikan belida tidak akan pergi jauh..biasanya ia akan melambung di permukaan air untuk melepaskan diri..ketika ikan membuat lambungan jangan tegangkan tali pancing..ikut saja rentak permainan ikan ini..ia akan menjadi letih jika sudah banyak membuat lambungan.. masa inilah yang sesuai untuk kita mengheret ikan ni rapat ke tebing dan mendaratkannya..




namun pengalaman memancing ikan belida yang renjer terangkan bukanlah 100% cara yang terbaik..banyak lagi yang perlu kita fahami dan mungkin di setiap sungai-sungai yang lain ada cara-caranya yang berbeza... ape-ape pun,pengalaman yang renjer kongsikan boleh la cuba  dipratikkan.. manalah tahu ade persamaan untuk ikan belida dari sungai-sungai yang lain..



p/s : menerangkan sesuatu bukanlah mudah dengan cara penulisan, lebih senang jika kita sendiri turut serta bila ada musim memancing ikan belida ini :p



9 komen tak kire kaki pancing:

memerangsungai said... Reply To This Comment

tahniah abg saiful..
banyak belida di pancing, nampak air sg bernam benar2 surut yeaaaa. Boleh menyelak-yelak lubuk sg bernam. insyallah

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

Skang ni sg bernam tu dah banjir...hari2 hujan je..tgu musim tahun dpan la pulak..
Insha allah ade mase nanti kita plan trip :)

PCL said... Reply To This Comment

Renjer..insyaAllah ada kelapangan sy akan singgah sini selalu.. . Sy suka memancing tp bukan tahap kaki lg..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@PakcikLie PCL sila2 :) kita boleh kongsi pngalaman :)

Sollehudin Sapari said... Reply To This Comment

Banyaknye dapat..saya lesen belida pon tak dapat lg..jeles tengok..tebakar gitu..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Sollehudin Sapari ade masa nti ita turun mcg sama2, boleh kongsi ilmu :)

Unknown said... Reply To This Comment

Jarang aku memancing ikan dapat ikan belida

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

Ikan blida ni mudah je nk pancing die..jnji umpan die yg terbaik...isi udang galah freshh!!

Unknown said... Reply To This Comment

salam abg renjer nak tanya, mcm mna cara cangkuk umpan jika pakai umpan udang sungai?? skli letak brp ekor.. udang sungai kn kecil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...