PETUA DAN NASIHAT..








assalamualaikum......








1-Jangan memancing ketika petir...

Ku sangka cuaca cerah hingga ke petang, rupanya mendung di tengah hari. Bagi kaki pancing apabila mendung tiba, itulah petanda ribut akan turun. Bagaimanapun, sebelum ribut, pastinya kilat sambar menyambar dulu..

Sehubungan itu, atas beberapa faktor dan demi keselamatan pemancing, renjer berpesan pemancing hendaklah mengelak daripada melakukan aktiviti memancing ketika cuaca guruh dan kilat, biarpun pada ketika itu ikan galak memburu umpan..

Bagi pemancing di darat seperti di tepi tasik, tebing sungai atau lombong, sebaik-baiknya mengelakkan diri daripada berteduh di bawah pokok rendang atau terdedah di tanah lapang kerana dikhuatiri disambar petir.







2-Ais hentikan darah luka..


KAKI pancing perlu pantas berfikir dan segera berikhtiar apabila ditimpa musibah ketika memancing sama ada di laut, sungai, paya mahupun tasik. Langkah awal yang perlu dilakukan apabila rakan mengalami masalah ialah mententeramkan dan memulihkan mangsa.



3-Bekalan Nasi...


PADA zaman serba moden ini, ramai kaki pancing mengambil sikap mudah iaitu membeli saja makanan di kedai daripada membawa bekalan berkenaan dari rumah. Alangkah mesranya hubungan suami isteri atau anak dengan ibu, sekiranya makanan yang dimasak dari air tangan yang tersayang menemani mereka bila di laut sungai atau lombong ketika mencari rezeki..




4-Tahan nafas, jangan bergerak bila ular hendak mematuk..


SERING kali kita terlupa atau buat-buat lupa perkara keselamatan ketika memancing. Bahaya sentiasa ada di sekeliling tanpa disedari, terutama kepada pemancing yang suka meredah hutan belantara dan muara sungai di seluruh Malaysia. Kebanyakannya tidak menitikberatkan keselamatan diri masing-masing. Peralatan perubatan “First aid” perlu dibawa bersama ketika meredah hutan untuk memancing sebagai langkah awal sebelum dirujuk kepada doktor..










p/s: renjer..hati-hati ketika pergi memancing..restu itu penting.. ingatlah orang yang tersayang..

4 komen tak kire kaki pancing:

anamizu said... Reply To This Comment

bekalan tu penting woo..
kalo asyik nak beli kat kedai je bleh rabak poket..hihi

renjerkabloi said... Reply To This Comment

anamizu: tu la..sekarang nie hobi memancing nie memang banyak mggunakan duit..pulangan mmg belum tentu la.. kalau boleh berjimat kan lg bagus:)

are-ien said... Reply To This Comment

mknn dlm pinggn tu yg xthn....pehh...sllllrrpppp.....

renjerkabloi said... Reply To This Comment

meh la jemput ain hehe...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...