HASIL MINGGU INI..IKAN KELABAU




ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)




Seperti yang dirancang trip memancing bersama krew majalah pancing pada 3 dan 4 haribulan..lokasi kami mungkin ke sungai bernam untuk menduga ikan kelabau...




Sudah menjadi kebiasaan renjer setiap kali kami merancang trip memancing dan menetapkan tarikh, renjer terlebih dahulu akan turun mengintai lubuk mengesan lokasi yang sesuai sebelum turun semula pada tarikh yang ditetapkan untuk bertapak..sungai bernam pilihan kami trip yang akan datang nanti..

hujan pulak semakin kerap dalam minggu ni..tak banyak lokasi sungai bernam yang boleh  kami masuk..kebanyakkanya sudah ditenggelami air...bagi renjer kalau ke sungai bernam area sungai ban pecah mengalir ke lombong lama ni tidak menjadi masalah jika airnya dalam..cuma jangan terlalu keruh je..biasanya ikan dah mula berkampung ke kawasan lombong lama ni jika air sungai bernam sebelah atas sudah banjir..




buktinya ni la hasil kami minggu ni..intai punya intai tak sangka jugak hasil kami cukup baik...4 ekor ikan kelabau yang besar kami daratkan..dan juga beberapa ekor ikan lampam..lubuk yang renjer turun ni la lubuk terakhir renjer boleh masuk..kerana lokasi tebingnya agak tinggi sedikit..bila lubuk terakhir ni pun sudah di tenggelami air..lokasi terakhir kami ke jembatan nelson sungai bernam pulak..

jambatan nelson..jambatan yang digunakan untuk mengeluarkan buah kelapa sawit estate ulu basir jika musim banjir..anak sungai dari ban pecah ni la sungai yang menjadi laluan ikan-ikan dari lombong sebelah atas ke lombong di sebelah bawah..dan anak sungai dari lombong ini bertemu pulak dengan anak sungai darus dan terus mengalir bertemu sungai bernam di sebelah bawah..




jika air makin naik..lokasi kami mungkin bertapak kat jambatan nelson ni je..tu pun bergantung dengan cuaca la nanti..air dalam bukan jadi penghalang..air keruh je kot mungkin trip kami tu nanti terpaksa di tunda..atau bertukar lokasi ke sungai lain..itu pun jika krew majalah tu setuju..



Nota renjer : jika hujan makin kerap..mungkin trip kami akan di tunda..atau beralih lokasi ke sungai lain...


12 komen tak kire kaki pancing:

Anonymous said... Reply To This Comment

Nak ikut....

Unknown said... Reply To This Comment

mmg puas hati lah klu macam ni..ada kesempatan abah nk ke tmpt renjer lah booking renjer and the gang pastu kita g mancing..hahahaha,,mesti syok punya

yeop24 said... Reply To This Comment

tuan renjer, jambatan nelson tu yg dkt sri kledang tu ke?
air sebelah bawah dgrnye tgh banjir lagi, sebelah behrang ke atas pun tak surut lg skrg ni..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous : jom2 hehehe :P

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@abah khalisha : bila2!?? hehe..ade mase nti kite plan trip :P

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@yeop24 : betul latu..banjir truk dah..jln nak masuk ke jmbatan tu pun dah xboleh masuk :)

Hafizi Hilmi said... Reply To This Comment

Kalau mengikut maklumat team majalah pancing,edisi majalah bulan berapa yang bakal disiarkan artikel dan trip memancing Renjer dalam majalah tersebut?

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

hafizi : kalau ikut kan artikel tu kuar bulan 12 kot..tapi tu la..cuaca tak mengizinkan..trip tu terpaksa di tunda,akibat banjir...jln nak masuk ke sg bernam pun dah tenggelam.. :(

azhar@alia said... Reply To This Comment

besar ikan2 kelabau tu..jual ke buat makan?? berape jual??

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@azhar@alia : jarang renjer nak jual ikan kelabau ni..tapi harga ikan kelabau ni kalau tolak kat peraih..rm25 sekilo.. :)

rizal said... Reply To This Comment

memang power la umpan ko renjer!! :P

Anonymous said... Reply To This Comment

tuan renjer nk tnye kalau nk mncg kelabau ni pkai umpan ape?sy x pnh lg mncg ikan jnis ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...