PATIN menjadi habuan renjer

assalamualaikum….








PATIN menjadi habuan renjer ketika mencuba nasib di Lubuk Kapal 1, Sungai Bernam, baru-baru ini...

IKAN patin atau dikenali sebagai Pangasius Sutchi adalah ikan air tawar yang popular di negara kita.
Bagi memburunya, ramai penggemar ikan patin akan menyusuri alur-alur sungai semata-mata untuk bertarung dengan spesies yang boleh mencecah puluhan kilogram ini.

Di Sungai Bernam, di Perak terdapat ramai pemburu patin seperti Renjer, rakan-rakan lain, dan ramai lagi yang sentiasa mencari ruang yang sesuai untuk memerangkap ikan patin yang enak rasanya ini.

Bagi pemburu patin ini mereka sanggup meredah alur sungai tidak kira siang atau malam. Pelbagai umpan yang dicuba seperti buah kelapa sawit, pisang ranum, buah ara dan macam-macam lagi.

-umpan sawit peram-

Ternyata saiz patin di lubuk-lubuk sekitar Sungai bernam dan Sungai skc, besar-besar belaka. Ia menjadi buruan utama kerana harganya yang mahal di pasaran. Tambahan pula jika selepas musim banjir, pemancing kerap kali berjaya menumpaskan patin besar malah ikan tapah bagak juga akan muncul.

Terdapat beberapa teknik yang efektif untuk menumpaskan ikan patin ini. Ada juga yang menggunakan pelampung walaupun untuk memancing dasar.

Namun begitu perambut hendaklah mencecah dasar walaupun menggunakan pelampung. Teknik ini lebih mudah dikesan kerana pelampung akan tenggelam jika diragut mangsa dari dasar sungai.
Sebenarnya bukan mudah memancing ikan patin ini. Apabila umpan dilarikan, jangan terus merembat joran.

Sentakan terbaik apabila ternampak tali bergerak seakan-akan terapung dan membentuk garisan di atas permukaan air. Drag atau kunci kekili perlu dalam keadaan yang terbaik ketika patin membuat larian. Lagipun di sungai ini memang banyak reba yang boleh membuatkan pemancing berputih mata.




Teknik dan kesabaran penentu kejayaan, jika gopoh, ikan patin ganas akan melarikan diri ke dalam reba sekali gus anda berputih mata la..hihi...

Lazimnya, kudrat melawan ikan patin mega ini tak seberapa pada peringkat awalnya, tetapi akan bertindak agresif apabila mula disentap dan akan mengamuk bila semakin hampir ke tebing.

Saat inilah pemancing perlu berhati-hati agar rezeki tidak terlepas di depan mata. Sebab tulah jarang pemancing di sini menggunakan perambut halus atau tidak berkualiti bagi mengelakkan ia putus...
Pemburu tegar ikan patin Sungai bernam ni macam renjer dan rakan2 lain jugaklah..hihi..adalah satu kepuasan bagi kami jika dapat menewaskan ikan patin mega menggunakan joran walaupun nelayan sungai yang lain menggunakan pukat dan candik untuk mencari rezeki.

Bagi kami, tarikan ganas ikan patin mega sentiasa memberi cabaran sebelum dapat ditewaskan. Apa yang pasti Sungai bernam merupakan satu lokasi memburu ikan patin yang akan terkenal pada suatu hari nanti selain port untuk beriadah..


nota kaki pancing oleh : penat memikir cari ilham--->


7 komen tak kire kaki pancing:

anamizu said... Reply To This Comment

ececece kemain smart lagi ye yg penat memikir ilham tu!! hihi

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

anamizu: hehe ilham dari alam sungai..:)

Unknown said... Reply To This Comment

cantik isi karangan..mcm tu lah lagak renjer yg berilmu..tak kisahlah ilham seorang atau berdua..yg penting blog nie sentiasa menjadi pembakar semangat kepada pengunjung2 setia blog ini..syabas..keep up the good work my bro!

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

anuar: sambil bljar2 mnulis hehe... ok je kan..:)

Anonymous said... Reply To This Comment

Lofty bye, genial friend :)

Anonymous said... Reply To This Comment

Lofty bye, sentimental friend :)

Anonymous said... Reply To This Comment

Obedient bye, sweet chum :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...