TERJAH LUBUK IKAN HARUAN





ASSALAMMUALAIKUM






Sungai bernam airnya dah dalam + keruh jadi takde la dah trip nak memburu ikan patin buat masa terdekat ni..hujan pulak semakin kerap je turun..

tapi bagi renjer musim hujan macam nie memang sesuai la nak memburu ikan haruan pulak..bila air dah dalam masa tu lah ikan-ikan haruan ni naik ke banjir-banjir untuk bertelur.. tak kasi chan derr..serang la hihi ^_^ takde rezeki dari sungai ade pulak rezeki dari ikan haruan ni..malahan terasa lebih lumayan jika memburu ikan ni..permintaannya pun tinggi.. sekali renjer turun boleh dapat kesemuanya dalam 10 kg satu hari..tapi bergantung pada cuaca la
..rekod renjer pernah dapat ikan haruan sampai 22 kg sekali turun...dasyat tak??? hehe




ada yang cakap, "eh tak pupus ke hari-hari tangkap banyak-banyak macam tu??" mai sini renjer nak cerita sikit hehe...ikan haruan ni antara ikan yang licik dan lasak..kalau dia terkurung di lopak air sekali pun dia takkan mati walau lopak air tu menjadi kering.. tambahan pulak kalau dia hidup kawasan yang berumput benta atau paya..ikan haruan ni cepat bertelur jika air sudah dalam..sekali telurnya menetas anaknya ribu-ribu..

kalau di tempat renjer la, setiap kali banjir je ikan haruan ni sentiasa ada..bukan renjer seorang je yang memburu ikan ni..puluh-puluh orang sekali turun..ada yang menaut (menajur) , menjala, tahan bubu..macam-macam teknik lagi lah..semuanya ada hasil masing-masing..memang
tiap-tiap kali musim banjir kami akan turun memburunya...rasanya selagi paya-paya hutan di tempat renjer ni tidak ditimbus selagi tu la ikan haruan ni tidak akan pupus....





nota renjer : tapi ikan haruan ni boleh pupus kalau sampai paya-paya pun di timbus.. dah tak cukup tanah ke sampai paya pun ko nak timbus????




14 komen tak kire kaki pancing:

madi said... Reply To This Comment

wah!! ikan haruan pulak..mahal ke ikan haruan ni renjer??

orang kate ikan haruan ni boleh buat ubat??

n0n0n said... Reply To This Comment

nice.....ajar la teknik2 nk casting haruan dgn ikat gewang skali tuan renjer....teringin gak nk dpt 22kg skali turun...hehehehe

sangkakelubi said... Reply To This Comment

haruan skilo brapa bro skrg?

renjerkabloi said... Reply To This Comment

madi : mahal jugak..ikan ni memang ubat pun..selalunya ikan ni elok untuk pulihkan ibu yang baru bersalin..

buat sup pun bes!! :)

renjerkabloi said... Reply To This Comment

nonon : kalau renjer banyak gune umpan katak je..balingan nak kne tepat mcing haruan ni..teknik dan lokasi nk kene faham btul2 baru boleh dapat banyak :)

renjerkabloi said... Reply To This Comment

sangkelubi : kat tempat renjer ikan ni yg saiz bawah 1kg rm12 je.. kalau saiz 1kg keatas mahal skit lgi la..

madi said... Reply To This Comment

tempat renjer masih banyak paya lagi..bes la..tempat kami paya pun dah jadi perumahan...

renjerkabloi said... Reply To This Comment

madi : same la tu,,sikit hari lagi paya2 tu diorang nk tanam sawit.. port tu tgl kngan jela...

anamizu said... Reply To This Comment

wahhh haruan! banyaknye :)

renjerkabloi said... Reply To This Comment

anamizu : musim ikan haruan sekarang.. cik ana xnak oder ke hehe..:) sedap ikan ni wat sup...

abah khalisha said... Reply To This Comment

abah lama dah tk menajur..kalau balik sabak bernam selalu jg menajur..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

abah khalisha : wah kalau menajur lagi lumayan~~~

abah khalisha said... Reply To This Comment

sekarang ni area umah nenek kat sungai besar dah tk banyak ikan haruan..tak tau kenapa..dulu kecik-kecik tangkap guna tangan je haruan ni..biarkan air kering

renjerkabloi said... Reply To This Comment

abah khalisha : mungkin ikan tu dah berharga,sbap tu yang jdi cepat kurang ikan tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...