SEDIKIT TIPS TEKNIK MENJERAT IKAN BELIDA






ASSALAMMUALAIKUM..





-lubuk belida-
|


Atas permintaan rakan blogger dan pengunjung renjersungai yang ingin mengetahui teknik untuk memancing ikan belida.. di sini boleh la renjer terangkan sedikit tips.. ape-ape pun selebihnya bergantung pada rezeki masing-masing ^_^


1: untuk memburu ikan belida ni haruslah peka dengan lokasi dan mengesan lubuk ikan ini terlebih dahulu...pastikan kelibat ikan belida ini kerap main di permukaan air..petanda ia ada di lubuk tu..boleh la kita menapak dan mencuba nasib di kawasan yang kerap ikan ini timbul...dan pastikan air sungai tidak keruh..

2: tidak semua lubuk ikan belida akan makan satu jenis umpan sahaja yang kita guna..haruslah mencuba lebih dari satu jenis umpan contoh : anak udang galah,ikan sepat,udang sampah,anak ikan seluang..

3: perambut yang sesuai.. teknik umpan layang paling sesuai.. maksudnya gunakan perambut yang panjang untuk umpan hidup..lebih kurang sedepa panjang..untuk gunakan isi udang bolehla gunakan tali perambut yang agak kasar sedikit..batu pulak boleh gunakan mengikut kesesuaian arus sungai..bawah pada saiz 5..

4: bila ikan belida sudah makan umpan yang kita labuh..sentapan joran haruslah kuat untuk kail yang kita pasang betul-betul lekat di mulutnya..jika lambat membuat sentapan ikan ini akan meluahkan umpan yang sudah di makan...bila sentapan kita sudah berjaya dan ikan ini mula melambung dan tidak lucut, itu menandakan kail kita sudah betul-betul lekat di mulutnya...mata kail terbaik boleh la mencuba jenis daici saiz lebih kurang no 15-16..




sekian sedikit tips dari renjer..bolehla mencubanya nanti..kalau kat tempat renjer ni nak memburu ikan belida kena tunggu musim..paling sesuai masa musim kemarau..ikan belida ni dah mula berkumpul setempat..apa yang renjer terangkan tadi tu tak semua sama.. cuma itulah sedikit pengalaman renjer ketika memburu ikan ini...lagi pun tidak semua sungai akan sama untuk menu umpan ikan belida ini..lain tempat, kadang-kadang lain cara kata orang..hehe

biarpun gagal setiap kali memburu ikan ini, ia akan memberikan kita pengalaman dan pengalaman sebelum kita akan btul-btul mahir menjeratnya... ^_^




nota renjer : selamat mencuba!! ape pun rezeki kita sudah ditentukan ^_^



19 komen tak kire kaki pancing:

n0n0n said... Reply To This Comment

tq renjer.....mmg bagus tul sifu mancing ni

Unknown said... Reply To This Comment

itu belida ke datuk belida tu? besarnya..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

nonon : belajar dari pengalaman je hehe.... ^_^

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

abah khalisha : mungkin la datuknye hehehe...

madi said... Reply To This Comment

pglaman dikongsi bersama..bagus tuan renjer :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

madi : lagi bagus kalau kita sama2 turun ke sungai hehe.. ^_^

madi said... Reply To This Comment

bile2!! hehe.. tapi nak join mcing ikan lampam dulu.. dah jdi otai baru bleh mcing ikan belida hehe...

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

madi : ko cakap je bile hehe.. air cun je jom turun..

nak mcing ikan belida xyah tgu jadi otai hehe..

xteam said... Reply To This Comment

terima kasih sifu renjer... huu.. bolehlah nanti nak mncuba menjerat belida.. 1 lg renjer, kalau anak udang galah hidup nak cangkuk kail kat mana? ekor?

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

xteam : cangkuk kat ekor.. macam main siakap kolam tu.. tapi patahkan tanduk udang tu, buang kaki2 udang tu same..cume kaki udang yg bawah prut tu je jgn buang :) selamat mencuba! ^_^

xteam said... Reply To This Comment

tq bebanyak sifuuuuu...

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

xteam : orait xde hal ^_^ ade mase kite turun sesame nanti :)

anamizu said... Reply To This Comment

perhhh!!
besar gila belida!




cik ana.

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

cik ana : tu kecik je la..baru 5kg hehe..ade lagi besar dari tu renjer dapat :)

Anonymous said... Reply To This Comment

pernah dapat 9.9 kilo time org menuba udang galah umpan anak udang galah;time udang dituba ikan belida atau sebarau amat galak bermain campak ke tempat ikan timbul confirm dapat

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous : besar gak tu :) kalau kerap tgk blida ni mengejar anak ikan mmg best mase tu nk pancing dia...

Unknown said... Reply To This Comment

salam ranjer nak tanya sikit,,selalunya belida mkn umpan di dasar,di tgh air atau di atas air??

Unknown said... Reply To This Comment

umpan utama renjer slalu pakai umpan udang ke??? kt sg.panjang gagasan ada byk jgk tp saiz sekilo n dua kilo je rasa2nya..penah dpt time pakai umpan perumpun..pakai udang galah x mau plak..cuma nk tau mata kail jenis apa? pakai mata udang yg paling besar ok ke??

Unknown said... Reply To This Comment

renjer lubuk tekukur kat mana??? teringin nk p..tp member ckp jauh n penat nk sampai sana..tp kalo dah sampai mau menangis tgk ikan belambak2...renjer penah sampai ke??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...