IKAN KELABAU SUNGAI PERAK




ASSALAMMUALAIKUM


-sg perak-
|


Sekali lagi renjer tak join trip diorang ni ke sungai perak..misi renjer ke estate shoon sheng memburu ikan haruan masih belum selesai..ramai yang oder ikan haruan dekat renjer..mungkin minggu ni renjer akan terus memburu ikan haruan je..

trip ke sungai perak lubuk kg teluk kepayang..trip diorang ke sungai perak ni menarik jugak hasilnye..2 ekor ikan kelabau berjaya didaratkan..ikan ni abang renjer (acik) yang daratkan..3.4kg sekaligus memegang rekod peribadi beliau..tahniah bro! lu sudah mahir guna umpan sawit peram hehe... rakan acik muzalmi pulak daratkan sekor lagi seberat 1kg..yang selebihnya ikan lampam je..dan abang renjer anjang pulak dan rakan-rakan die yang lain renjer tak pasti la hasil diorang..




ikan kelabau 3.4kg seekor..besar tu..renjer pun tak pernah daratkan ikan kelabau sebesar tu..rekod renjer pun baru 2.4kg je..tu pun renjer dapat dekat sungai bernam..dekat sungai perak ni renjer tak pernah lagi rasenye daratkan ikan kelabau ni..lagipun trip renjer banyak ke sungai bernam je..nak ke sungai perak ni jauh sangat..kalau ke sungai bernam tu,naik moto setengah jam je renjer dah boleh sampai ke lubuk..

kalau nak turun ke sungai perak ni pun renjer join abang-abang renjer jela.. tu pun kalau diorang balik bercuti..







nota renjer :  ikan kelabau besar macam ni memang best la kalau di bakar..


16 komen tak kire kaki pancing:

panglima jebat said... Reply To This Comment

As salam..trip kali nie pergi 3 biji kereta..jebat seorang,sebab memang balik rumah mertua kat batu gajah,muzalmi satu kereta dgn adi (anjang) dan seorang pesara polis..lagi sebiji kereta hj MJ dan haji Omar..semua sekali 6 orang..pergi petang jumaat..port pertama kat tempat korek pasir di kg teluk kepayang belah atas..memang bangau kami semua..dah la tak dapat seekor pun,ikan cuit pun takde..masing2 dah tak tau nak guna teknik apa selain dari menyembang je..bila malam dah larut,pakat nak tido la..tapi akhirnya semuanya tewas..nyamuk punya la banyak..dari jam 10 mlm sampai jam 5.30 pagi,seorang pun tak dapat nak lelap mata..ngengg sana sini..adoiiyai..akhirnya ,kami pakat pindah ke lubuk,kg teluk kepayang belah bawah..sampai je kat lubuk tu,azan subuh berkumandang..lepas solat,dan semangat yg masih tinggal,kami labuhkan joran jugak..bila hari makin terang (dlm jam 7.15 pagi) dah nampak kelibat ikan menangkap di permukaan air...nampak besar2..jebat org yg pertama gulung pancing,tukar umpan dan lemparkan kat tempat ikan menangkap tu..memang dah tertulis rezeki,tak sampai 5 minit,joran dah di usik..makin dekat dgn tebing makin berat..sah dah ikan..semua mata dah tertumpu kat joran jebat..hehehe..ikan tu mula melawan..drag mula berbunyi ..aisyehhh..memang syok layan..lawan..lawan ..lawan..yg lain2 mula bersorak..ambik video..akhirnya ikan itu tewas,anjang yg tolong saukkan..perghhh..ikan kelabau yang kedua!!!!! besarnyaaaa..betul2 menaikkan semangat kawan2 yg lain..bangga siut....selang sejam selepas itu baru muzalmi berjaya daratkan ikan kelabau 1kg tu..anjang dan yg lain2 cuma dapat ikan lampam saiz kecik2 je..kira ok lah jugak..tapi memang tgh syok tu,tiba2 hujan turun dgn lebatnya..kami terpaksa berteduh bawah kanvas je..2-3 jam jugak..lepas hujan,dah takde lagi tangkapan..yg kecik2 kami catch and release je..so,lepas zohor,kami semua balik..cuma jebat sorang je yg balik ke rumah mertua..yg lain balik ke kuala lumpur dan ade yg sambung di lombong jelawat di tanjung tualang..jumlah tangkapan 2 ekor kelabau,dan 4 ekor lampam je..hari kedua trip jebat di lubuk yg sama dgn abg ipar pulak berjaya daratkan ikan kaloi 2.9kg..hari ketiga pulak (26hb pagi) cuma dapat lampam 2 ekor je..maknanya air kat sungai perak makin surut..ikan besar2 dah mula masuk ke lubuk yg bereba kayu..mengikut dari bacaan jebat..masa yg sesuai untuk menduga ikan di sg perak ialah di waktu air bah..dan juga selepas air bah mula surut..bila hari ketiga makin surut,ikan dah mula kurang..ikan2 kecil banyak menggangu umpan..ini berdasarkan pengalaman kerap turun ke sg perak..apa 2 pun,thank pada renjer yg sudi memuatkan cerita hasil trip kami di lubuk sg perak nie.rasanya,ini trip terkahir di tahun 2011 dgn kejayaan rekod peribadi terbaik 3.4kg ikan kelabau..trip 2012 akan menyusul..nanti kami roger renjer sekali..umpan terbaik ikan kelabau ialah sawit peram yg masih merah..kalau bawak yg mcm nie, insyallah akan dapat ikan kelabau nie..sekian sahaja..TQ.jebat (achik)

renjerkabloi said... Reply To This Comment

uih! panjang lebar critenye hehe.. pe2 pun tahniah dapat yang saiz besar macam tu.. dah di masak ke ikannye??

panglima jebat said... Reply To This Comment

ikan tu bakar separuh dan bahagian kepala,mertua buat masak tempoyak..org yg tak makan ikan sungai,bila cuba rasa terus teruja..habis licin.

renjerkabloi said... Reply To This Comment

sedap tu..terliur dah ni hehe..esok kami pulak turun ke lubuk tu..kalau jadi la pegi dengan hakim al-ikhsan..

madi said... Reply To This Comment

besar tu!! ikan tu bukan senang nak dapat..tahniah bro..bila nak pegi lagi??

renjerkabloi said... Reply To This Comment

madi : esok kalau jadi renjer turun dengan hakim..nak join ke??

panglima jebat said... Reply To This Comment

sebelum turun tu,cuba call "penjaga sungai" tu dulu..dia kapten kat sana..tanya dia air mcm mana dulu (abg abu hurairah 0194553084)..skng nie air tgh surut sangat..tapi tak tau le,jika dah ade rezeki..kalau pergi kat lubuk tu,baling umpan kat atas sikit pada rawai tu..nampak botol terapung tu,umpan kat belah atas sikit..kat situ die punya lebuhraya kelabau agaknya..hehe

abah khalisha said... Reply To This Comment

mmg sedap tu klu bakor pekena ngan budu takpun belacan takpun tempoyak..fuhhh

mohd safwan said... Reply To This Comment

salam... renjer.
sy peminat setia blog renjer.. biarpun baru sebulan mengenali blog renjer nie.. sy terus tangkap hati.. macam baca novel gamaknya.. hahaha.. sy nie kaki pancing dari johor.... segala ilmu dalam blog renjer amat berguna.. maklumlah kat johor nie laut jelah padang sasarnye.. teringin nak memncing sungai ala renjer tu.. ape pun teruskan menulis cerita2 renjer.. mana tau teracun nanti jejak kaki nie ke tempat renjer..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

jebat : dah turun dah pun..kumpau der hehe..air sungai surut sangat..dapat patin lawang dengan anak2 ikan lampam je..

balik tu singgah kolam je layan keli..dapat gak 16.5kg hehe..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

abah khalisha : terliur dah abah cakap wat bakar ikan tu :P

renjerkabloi said... Reply To This Comment

mohd safwan : trima kasih sudi singgah..renjer akan terus cari bahan untuk renjer sungai ni :P

mane tahu satu hari nti kite boleh turun trip memancing same2 :P

mohd safwan said... Reply To This Comment

renjer : insyaAllah..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

mohd safwan : mane tahu ade rezeki memancing same2 kan hehe..

mohd safwan said... Reply To This Comment

hehehehe... betul2.. 2,3 kekawan kat sini sume dah tanye bile nak g sane(tempat renjer) hahaha.. tp mase blum terluang lagi.. maklumlah.. kurang2 mau 2 3 ari kat sane.. harap2 kalau sampai sane stu hari nanti.. sudi2lah renjer jdi guide.. hehehehe

renjerkabloi said... Reply To This Comment

mohd safwan : renjer tak kisah..kawan2 nak join memancing ape salahnye kan hehe..boleh kongsi2 pengalaman..renjer boleh turun ilmu punye hehe :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...