MISI MEMBURU IKAN HARUAN ESTATE SHOON SHENG




ASSALAMMUALAIKUM







Misi renjer minggu ni turun memburu ikan haruan je..selagi sungai bernam tu belum surut banjirnye selagi tu la renjer akan memancing ikan haruan ni je..lagi pun permintaan ikan haruan ni tinggi..berbaloi jugak kalau memancing ikan haruan..3 hari ni je renjer turun dah boleh kumpul berpuluh kilo..

lubuk terbaik renjer kali ni dekat estate shoon seng pulak..bila air banjir kat estate ni dah semakin surut semakin banyak la ikan-ikan haruan ni berkumpul turun ke parit-parit asal..masa ni la memancing ikan haruan ni cukup seronok..pantang jatuh umpan jer mesti ada yang sambar..sekali renjer ke lubuk ni, kurang-kurang umpan katak ni kena ada 50 ekor baru cukup..




sampai dekat kedai pancing pun dah takde stok nak jual katak..berebut kaki-kaki pancing nak beli katak ni.. kalau renjer pegi cari sendiri je katak ni.. satu malam tangkap katak lepas la untuk stok 2 hari turun memancing.. agak-agak badan penat, malas nak cari, beli jugak la kat kedai pancing tu..

macam ni la rutin harian renjer..partime cari ikan je..kalau dapat hasil banyak kira beduit la sikit hehe...dari duduk rumah je takde keje baik pegi memancing..betul dak!?? :P






nota renjer : ikan haruan ni bagus untuk kesihatan..tapi renjer tau mesti  ramai yang geli nak makan ikan haruan ni kan?? 




18 komen tak kire kaki pancing:

anamizu kaito said... Reply To This Comment

eeuuuwwww katak!!!!







luv,
cik ana

hakim al-ikhsan said... Reply To This Comment

terbaek..aku dah tak geli makan haruan..punyer bes..hilang 1 nikmat dunia sape yang tak makan ikan haruan
.hehe

renjerkabloi said... Reply To This Comment

cik ana : nak geli la tu huhu :P xde katak tu xde la ikan haruan byk2 camtu :P

renjerkabloi said... Reply To This Comment

hakim : betul tu :P dapat rase tarikan haruan,dapat rase isinye hehe..baru puas btul dak? :)

terbaik kan haruan buat sup :)

helmi tanjung said... Reply To This Comment

hui! haruan pulak..mahal ni..berduit la renjer hehe..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

helmi : jom la layan haruan..boleh buat duit :P

helmi tanjung said... Reply To This Comment

buat duit la kalau dapat ikan..renjer lain la..dapat banyak..kalau aku buang duit je ade la hahaha...

renjerkabloi said... Reply To This Comment

helmi : kena bagi mahir la layan haruan..baru berbaloi..lau tidak mmg buang duit pun hehe.. dah la katak pun mahal skang..

pizli said... Reply To This Comment

Ni kalau orang rumah dalam pantang boleh contact renjer je ni cari haruan hehe..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

pizli : tentu la boleh hehe..kat besout murah je haruan ni :)

Fatin Mraz said... Reply To This Comment

ikan haruan sedap. terakhir Fm makan masa dlm pantang..huhu
lama dah tuu..

renjerkabloi said... Reply To This Comment

fatin mraz : ikan haruan ni mmg bagus la untuk ibu2 pantang.. tapi kalau yg dah mmg suka mkn haruan tu xtgu2 pantang dah hehehe :P

madi said... Reply To This Comment

ikan haruan memang sedap! memancing haruan pun best! bila la nak dapat ikut renjer lagi :)

renjerkabloi said... Reply To This Comment

madi : tau xpe hehe..bila yang ko free?? renjer ok je hehe :P

Azmi bin Abdullah said... Reply To This Comment

hah! haruan.. terbaek bro...

renjerkabloi said... Reply To This Comment

azmi : musim haruan pulak :P

abah khalisha said... Reply To This Comment

Selain memancing cr katak okay juga ni ye

renjerkabloi said... Reply To This Comment

abah khalisha : cari katak pun boleh duit..sekarang katak sekor pun dah 4posen :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...